Posts

Showing posts with the label Education

Belajar untuk peperiksaan PMR / SPM / STPM / UNIVERSITI

Image
Salam sejahtera kepada pembaca sekalian, pada artikel kali ini saya akan memberikan satu kaedah belajar yang sangat sesuai untuk dipraktikkan oleh semua golongan pelajar tidak kira tahap mana mereka menuntut ilmu. Kaedah yang dimaksudkan adalah dengan kaedah FILM (diperolehi dari ceramah teknik belajar tahun 1999 dari seorang Prof UTM) Tidak kira apa sahaja kertas yang anda gunakan untuk menulis atau mencatatkan apa yang anda belajar, anda perlu gunakan kaedah ini. (Tulis dan tandakan jika ada buat) Untuk setiap perkara yang anda belajar perlulah diletakkan 4 patah perkataan keramat ini iaitu F, I, L, dan M.  Ini kerana setiap nota yang anda buat perlulah anda faham dan ingati ! Dalam belajar, kalau dah faham tapi tak menghafal maka tiada gunanya kerana mungkin anda faham tapi apabila masa peperiksaan sebenar anda tidak dapat nak keluarkan isi-isi utama pun. Rugi kan? Yang keduanya, anda perlu buat latihan dan mahir tajuk yang telah diajar oleh guru ...

Aktiviti sihat untuk kanak-kanak semasa hari raya

Image
 Pasti ada antara kita yang inginkan kelainan bagi menyambut tetamu yang berkunjung ke rumah sempena hari raya ini.  Berikut adalah cadangan aktiviti untuk menyambut tetamu yang menziarahi kita di hari lebaran ini. Buat aktiviti mewarna bagi kanak-kanak: Saya melihat sendiri bahawa pada masa sekarang, ramai yang menyajikan tontonan hiburan seperti kartun dan juga filem kepada tetamu yang membawa anak-anak kecil.  Apa kata cuba tukarkan kepada aktiviti mewarna dalam kalangan mereka!   Selamat mencuba ...

Minggu Kemanusiaan SMK Serian 2012

Image
Landskap ala-ala air terjun ni memang menarik perhatian kepada pengunjung yang melawat pameran  oleh panitia Seni Visual sempena minggu Kemanusiaan SMK Serian 2012.  Jika dilihat, pereka telah membuat sebuah banner yang bercorakkan hidupan akuatik serta pemandangan air terjun. Landskap ini bertambah cantik dengan adanya air terjun (guna water pump) yang menghidupkan suasana perkelahan dan santai kepada pengunjung yang tiba.   Kasut yang dicat oleh pelajar sendiri.. sangat menarik serta kreatif

Panduan menjadi seorang guru : Mempunyai kesabaran dalam mendidik (Siri 2)

Image
Masih terngiang di benak fikiran saya semasa zaman persekolahan dahulu, Ustazah Habibah yang sering mengingatkan agar kami senantiasa solat walau di mana kami berada.  Pada ketika itu, tidak tergerak pun hati untuk menunaikan kewajipan tersebut.  Mungkin inilah yang dinamakan sebagai hidayat, akhirnya setelah diingatkan banyak kali, tanpa jemu dan mengenal penat lelah akhirnya saya sudah mampu melakukan ibadah solat walaupun tidak lengkap 5 waktu. Begitulah hakikatnya dunia pelajar dan remaja.  Mereka hendaklah dipesan setiap waktu walaupun pelajar sudah mengetahui perkara terbabit.  Kita sebagai guru hanya mampu mendidik serta memberikan tunjuk ajar.  Hanya Allah sahaja yang mampu memberikan hidayat dan petunjuk.

Panduan menjadi seorang guru : Menguasai ilmu pengetahuan (Siri 1)

Image
Seorang guru mestilah menguasai ilmu terutamanya dalam mata pelajaran yang diajar di sekolah.  Ini kerana, seringkali pelajar akan bertanya soalan yang berada di luar rangkuman silibus (sukatan pelajaran) . Selain itu, antara kepentingan memiliki penguasaan yang baik dalam sesuatu ilmu akan menjadikan guru tersebut mudah untuk menghubungjalin (link) sesuatu tajuk dengan isu semasa. Jika guru dapat memberi kefahaman kepada pelajar di dalam kelas, itu adalah lebih baik berbanding dengan hanya pelajar mampu mengingat semula fakta yang telah diajar.  Ini kerana pelajaran yang mampu diaplikasikan dalam kehidupan seharian akan menjadi lebih bermakna dan berkekalan kesannya terhadap kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, jika pelajar hanya menghafal bacaan dalam solat, tetapi tidak dapat melakukannya ibadat tersebut dengan betul serta khusyuk, maka sudah tentu objektif pelajaran hanya dapat dicapai di atas RPH (Rancangan Pengajaran Harian) sahaja dan bukannya di luar kelas. ...

Tips pemakanan yang sempurna sebelum peperiksaan

Image
Menyiapkan diri dari segi fizikal dan emosi amat penting dikala musim peperiksaan.  Namun, aspek pemakanan juga tidak harus dipandang ringan jika pelajar menghadapi peperiksaan yang lebih utama seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM bagi tahun 2012 ini.   Berikut adalah tips pemakanan yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa, guru dan pelajar: Makan makanan yang seimbang.   Jika peperiksaan tersebut diadakan pada sebelah pagi, maka janganlah lupa bersarapan.  Di dalam sarapan tersebut, hendaklah disertakan makanan yang mengandungi protein dan juga buah-buahan Ambil makanan yang kaya dengan protein seperti telur, kacang dan yogurt semasa sarapan dan makan tengahari.  Makanan yang diambil ini mampu memberikan khasiat yang yang berpanjangan Ambil sarapan yang ringan .  Jika anda makan secara berlebihan atau mengambil makanan yang berat, dikhuatiri anda akan mengantuk. Elakkan dari mengambil kafein sebagai ganti untuk sarapan Sediakan snek y...

Mengatasi pelbagai ragam, tingkah laku dan perangai pelajar di dalam kelas

Tingkah laku pelajar yang pelbagai memberikan cabaran kepada para pendidik.  Adakalanya tingkah laku pelajar mengganggu aktiviti pembelajaran di dalam kelas.  Dengan adanya beberapa tindakan awal dari guru (tindakan proaktif), guru terbabit mampu mengubah keadaan yang hingar bingar menjadi suatu situasi yang kondusif dan selesa untuk proses P&P. Berikut adalah beberapa cadangan bagi menghadapi sesi P&P yang memenatkan: Susun atur kelas Susun atur kelas yang tidak baik akan mengakibatkan kebarangkalian berlakunya gangguan semasa P&P.  Sebaik-baik susunan dalam kelas ialah susunan meja dan kerusi yang tidak terlalu dekat dan tidak pula terlalu jauh.  Ini bermakna, minimumkan pergerakan pelajar jika teknik pengajaran anda melibatkan kaedah syarahan mahupun penerangan.  Namun demikian, bagi kaedah pengajaran berbentuk permainan, pergerakan pelajar boleh dikawal dengan memberikan arahan yang jelas serta tersusun. Mengenalpasti tingkah laku yang menjadi...

Memberi kepercayaan kepada pelajar : Guru boleh bantu pelajar yakin pada diri

Image
Pelajar perlu diberikan kepercayaan agar mereka mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri.  Sekiranya pelajar diberikan peluang untuk meningkatkan cara mereka bertindak, guru seharusnya memberikan peluang tersebut kepada anak didik mereka. Sebagai huraian saya bawakan beberapa contoh seperti di bawah: Pelajar gugup semasa mebentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas Keadaan ini biasanya berlaku semasa P&P yang melibatkan pembentangan hasil kerja setelah perbincangan dalam kumpulan diadakan.  Jika pelajar anda gugup di hadapan kelas, anda perlu maklumkan kepada pelajar yang lain agar mereka memberikan kerjasama terhadap pelajar tersebut. Berikan tepukan kepada pelajar tersebut setelah selesai beliau membentangkan hasil kerja.  Langkah ini sangat penting supaya pelajar tersebut merasakan bahawa hasil kerja mereka dihargai.  Terdapat 2 tindakan guru sejurus selepas itu iaitu memberikan peneguhan ataupun kritikan membina. Pelajar tidak yakin dengan ke...

Keterampilan seorang pendidik

Image
Guru merupakan model kepada pelajar semasa mereka berada di sekolah. Segala yang ditunjukkan oleh guru tidak kira perlakuan, tutur bicara, adab dan sebagainya akan diperhatikan oleh anak didiknya. Selain itu, suasana pembelajaran banyak dipengaruhi oleh keterampilan guru. Sebagai contoh, seorang guru yang "moody" ataupun masuk ke kelas dalam keadaan tidak brsemangat, sudah pasti pelajar turut terpengaruh dengan suasana tersebut. Akhirnya, kelas akan menjadi pasif dan tidak berjalan mengikut apa yang telah dirancang. Malah ada yang mengatakan bahawa penampilan luaran seorang guru turut menjadi salah satu sebab pelajar ingin belajar. Ingatkah sewaktu kita di bangku persekolahan dulu? Guru yang sentiasa memberikan senyuman kepada anak didiknya, menegur dengan berhikmah, mendidik dengan sepenuh jiwa. Semua yang disebutkan di atas menjadikan guru tersebut mulia dan dihormati oleh pelajar tidak mengira apa bangsa pun. Sebagai kesimpulan, guru disarankan untuk membaiki penampil...

Without education, you are not going anywhere in this world

Image
Education is essential to all of us. When it comes to knowledge, education is the best way to gain knowledge. Hence, in the early childhood the kids been sent to elementary school to ensure they got all the tools before they reach primary school. In Islam, education is compulsory (wajib) to all Muslims. Furthermore, the more we learn, the more we get and close to Allah. "Without education, you are not  going anywhere in this world "... Malcolm X Quotes

Kawan, jom join WOU...

Image
wawasan bag Originally uploaded by abangisaifuddin Dua hari yang lepas saya berpeluang untuk menghadiri satu preview yang dikelolakan oleh Wawasan Open University . Al-maklum la WOU ni masih baru lagi, sudah tentu pembawaan yang ingin dibawa berbeza dengan universiti2 yang lain. Semasa preview tersebut, kami telah diterangkan dengan tujuan penubuhan Wawasan Open University iaitu semua orang mempunyai kesaksamaan peluang ( equal opportunity ) untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang mereka minati. Semasa sesi soal jawab (Q&A session), saya bertanya kepada salah seorang pegawai yang terlibat memandangkan saya sendiri tidak pasti apa yang saya akan dapat jika (what I will gain) saya menuntut di institusi ini sedangkan saya sudah ada degree malahan post graduate diploma pun sudah dimiliki serta pekerjaan yang tetap dalam sektor kerajaan. Dengan mudah beliau menjawab, masa depan penuh dengan perkara yang berupa ketidakpastian (unpredictable). Beliau menambah lagi bahaw...