Keterampilan seorang pendidik


Guru merupakan model kepada pelajar semasa mereka berada di sekolah. Segala yang ditunjukkan oleh guru tidak kira perlakuan, tutur bicara, adab dan sebagainya akan diperhatikan oleh anak didiknya.

Selain itu, suasana pembelajaran banyak dipengaruhi oleh keterampilan guru. Sebagai contoh, seorang guru yang "moody" ataupun masuk ke kelas dalam keadaan tidak brsemangat, sudah pasti pelajar turut terpengaruh dengan suasana tersebut. Akhirnya, kelas akan menjadi pasif dan tidak berjalan mengikut apa yang telah dirancang.

Malah ada yang mengatakan bahawa penampilan luaran seorang guru turut menjadi salah satu sebab pelajar ingin belajar. Ingatkah sewaktu kita di bangku persekolahan dulu? Guru yang sentiasa memberikan senyuman kepada anak didiknya, menegur dengan berhikmah, mendidik dengan sepenuh jiwa. Semua yang disebutkan di atas menjadikan guru tersebut mulia dan dihormati oleh pelajar tidak mengira apa bangsa pun.

Sebagai kesimpulan, guru disarankan untuk membaiki penampilan dan juga personaliti mereka. Jika aspek ini tidak diambil perhatian yang sewajarnya, kita tidak harus menunding jari kepada sesiapa pun jika kita tidak dihormati oleh anak didik sendiri.


Published with Blogger-droid v1.6.5

Comments

Popular posts from this blog

Memberi kepercayaan kepada pelajar : Guru boleh bantu pelajar yakin pada diri

Nilai Cinta : Kupasan sebuah drama Melayu