Posts

Showing posts with the label Cyber World

Selamatkan memori komputer anda melalui HDD Docking Station

Image
Pernahkah komputer atau laptop anda rosak? Sedangkan ada bermacam-macam assignment atau gambar-gambar semasa belajar di universiti dahulu di dalamnya? Apa yang anda akan lakukan? Format komputer / laptop? Merintih dan menyesali sebab tidak membuat backup? Membeli komputer / laptop baru bagi menghilangkan perasaan kecewa setelah hilang segala memori atau dokumen anda? Kini anda boleh membeli sebuah device yang boleh membaca hard disc anda secara terus (hanya cabutkan hard disc dalam komputer lama dan terus pasangkan ke HDD Docking Station).  Harganya tidaklah semahal yang disangka (lingkungan RM80 ke RM ratus-ratus). Boleh didapati di lelong.com dengan banyak pilihan dan fungsi yang pelbagai.  Semoga berjaya mengembalikan memori anda yang indah tersebut..

Affiliate program : Membantu atau sebaliknya?

Image
Affiliate program sudah tentu menjadi pilihan kepada blogger untuk mencari side income.  Namun apa yang menariknya, sejauh mana program ini betul-betul membantu anda menjana pendapatan sampingan. Penulis berpendapat bahawa sistem affiliate ini seharusnya dan seboleh-bolehnya membantu rakan affiliate mereka dan bukannya mendapat keuntungan atas angin. Hujah pertama, penulis berpendapat bahawa pembahagian upah haruslah dibayar setiap bulan dan bukannya dibayar setelah mencapai limit yang tertentu (contohnya seperti jika sudah terkumpul RM50 barulah kita dibayar) . Ini kerana ada kebanyakan komisyen yang diberikan untuk menjual sesuatu produk hanya sekitar 10% ke 50% (jarang-jarang). Bayangkan jika anda hendak mencapai tahap RM50, sudah tentu belum sampai RM10 anda sudahpun berputus asa. Maka dengan ini, penulis mengharapkan kepada mereka yang menjalankan affiliate seharusnya lebih bersifat win-win kepada rakan affiliate masing-masing. Jangan hanya menangguk di air ya...

Tips buat duit dengan blog (Siri 1)

Image
Banyak teknik yang telah dibincangkan oleh pakar blog di dalam penulisan mereka.  Ada  yang telah mendapat pendapatan yang berlipat kali ganda tanpa had hampir setiap hari.  Pada penulisan kali ini, saya akan memberikan tipsmembuat duit dengan blog anda secara percuma: Anda memiliki sesuatu yang orang lain perlukan Dalam blog, ada perkara yang sering dilupakan oleh penulis blog iaitu pembaca memerlukan sesuatu dari blog mereka.  Sebagai contoh, jika pembaca inginkan tips berkenaan cara penjagaan kereta , sudah tentu blog yang mempunyai tips tersebut akan dilawati dan pembaca bersungguh-sugguh untuk memahami artikel anda. Contoh yang lain adalah seperti blog yang memberikan tips-tips pembinaan blog, cara meningkatkan SEO, kod-kod widget akan mudah dilawati oleh pembaca yang lain kerana mereka memerlukan panduan untuk membina blog masing-masing. Sebagai contoh anda boleh lihat blog Calipso . Selain itu, jika blog anda mempunyai isi kandungan ataup...

Jutawan Siber: Realiti atau Angan –angan?

Image
Tajuk buku: Klik untuk kaya 8 Rahsia Jutawan Siber untuk semua Penulis: Rosli Jamal Tahun: 2005 Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd Komen: Buku ini amat sesuai untuk bacaan awal da lam menceburi keusahawanan dalam bentuk siber. Secara keseluruhannya buku ini memberikan panduan secara berperingkat bagaimana untuk melakar kejayaan dalam dunia perniagaan berbentuk alam maya. Idea yang diberikan oleh penulis sangat mudah difahami dan contoh-contoh yang diberikan sangat mudah. Cuma idea tersebut haruslah diolah semula oleh pembaca atau usahawan agar mereka dapat menghasilkan produk yang mampu berdaya saing. Yang menariknya buku ini banyak memberikan url yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca . Walupun buku ini diterbitkan pada tahun 2005 (sekarang sudahpun 2010), saya percaya maklumat yang terdapat dalam buku ini masih ada lagi yang relevan. Sebagai tambahan, saya mencadangkan agar usahawan siber perlulah mengetahui bahawa pembinaan laman web (website) i...