Posts

Showing posts with the label Someone's story

Sejarah Pembinaan Masjid Bandar Sri Aman

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian, pada artikel kali ini saya akan berkongsi berkenaan dengan sejarah pembinaan Masjid Besar Sri Aman (nama barunya ialah Masjid Bandar Sri Aman). Artikel ini bolehlah dijadikan sebagai rujukan sampingan terutamanya kepada pengkaji dan adik-adik yang buat kerja kursus sekolah. Kesemua kandungan artikel ini adalah diambil dari buku perasmian Masjid Bandar Sri Aman (Cetakan tahun 1981).  Buku perasmian ini sempat saya selamatkan daripada dimakan anai-anai yang menyerang hampir kesemua buku Allahyarham datuk yang tercinta iaitu Hj. Mohamad Hanis Bin Mahlie yang telah pergi menemui rabb pada tahun 2003. Al-Fatihah kita panjatkan semoga rohnya bersama kalangan orang-orang yang soleh dan bertakwa. Tidak lupa Al-Fatihah juga kepada penulis sejarah ringkas pembinaan Masjid Besar Sri Aman  ini iaitu Encik Chaiti Bolhassan dan Tn Hj Mohd Bujang . Artikel ini akan mem fokuskan kepada beberapa tajuk kecil supaya kita dapat mengambil beb...

Suasana Perkahwinan Baizura dan Adiman

Image
Sekadar berkongsi cerita, hari ini saya membuat sedikit aktiviti mengedit gambar lama sebagai usaha untuk mengukuhkan kemahiran menggunakan perisian edit gambar. Diharapkan pembaca dapat menilai sendiri mutu yang tidak seberapa ini.

Mengundi tanggungjawab kita

Image
Ini kali ke 2 saya dapat menjalankan hak sebagai rakyat. Semoga parti yang dipilih mampu membawa perubahan. Untuk melayakkan anda sebagai pengundi, anda perlulah berdaftar dahulu. Cara mendaftar amatlah mudah, hanya bawa kad pengenalan anda ke pejabat pos yang berhampiran. Published with Blogger-droid v1.6.5

RM50 untuk ibu

Image
Setiap bulan kita terima gaji hasil pekerjaan yang kita kerjakan. Maka acap bulan yang mendatang, kita akan membeli barangan dan perabot baru. Tiada perkara yang kurang di dalam rumah kita yang serba indah. Namun sejauh mana kita ingatkan ibunda kita yang tersayang? Adakah kita sering menziarahinya setiap hari? Setiap minggu? Setiap bulan? Atau setiap tahun? Pesanan ahli bijak pandai "Ibu hanya ada satu bagi setiap insan yang bergelar manusia, maka hargailah yang satu itu!" Paling mudah, anda letaklah 1 tabung di rumah ibu anda, setiap kali anda melawatnya, masuklah duit ke dalam tabung tersebut. Insya-Allah duit tersebut akan menjadi banyak. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Tsunami in Japan : A tragedy that caught attention worldwide

Image
  The most powerful earthquake ever recorded in Japan has caught attention worldwide.   It has devastated buildings and torn apart houses and buildings.   In addition, there also a tsunami smashes into northeastern Japan and killed hundreds of people.    *I want to condolence those families that lost their beloved son, daughter, parent and whoever they love

Nilai Cinta : Kupasan sebuah drama Melayu

Image
Kali ini saya ingin memberikan sedikit kupasan mengenai drama "Nilai Cinta" yang ditayangkan di TV2. Drama ini berkisarkan seorang ayah yang menjaga anak angkatnya (seorang perempuan). Malang tidak berbau, anak perempuan tersebut telah terbabit dalam satu kemalangan dan mengakibatkan dia lumpuh. Keadaan bertambah buruk kerana orang kampung sibuk mengata bagaimana hubungan kedua anak beranak tersebut kerana mereka hanyalah anak angkat dan ayah angkat sahaja Dipendekkan cerita, Arash berkahwin dengan Elly bagi memudahkan  urusan seharian seperti memberi mandi dan menjaga

Sumbangan ikhlas dari seorang pelajar

Image
Terdetik di hati saya untuk berkongsi sebuah cerita di sebalik gambar ini. Anda mungkin melihat bahawa gambar tersebut tidak mempunyai apa-apa makna, tetapi terdapat satu cerita disebaliknya. Inilah sumbangan ikhlas dari ibu bapa salah seorang pelajar saya ketika kutipan dilakukan untuk satu aktiviti di sekolah. Seolah-olah seperti dalam sebuah cerpen KOMSAS, pelajar ini secara peribadi memberikan bungkusan wang yang mengandungi duit kertas dan syiling. Saya menerima wang sumbangan tersebut dengan penuh hormat serta mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan. Pengajarannya, tidak kira sebanyak mana anda menyumbang wang sekalipun, yang harus ditonjolkan adalah semangat sanggup berkorban harus ada pada ibu bapa jika ingin melihat anak-anak mereka berjaya.

Zaman persekolahan

Image
Semasa persekolahan, ramai antara kita mempunyai kenangan masing-masing. Tanpa disedari, waktu yang dihabiskan di bangku sekolah banyak mempengaruhi keadaan kita sekarang. Sebagai contoh, masa persekolahan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 hanya sesingkat 5 tahun sahaja. Tapi tahukah anda dalam 5 tahun tersebut, kita mencorakkan masa hadapan diri sendiri? Jika kita tidak mempunyai keputusan yang baik dalam SPM, dapatkah kita memohon pekerjaan dalam sektor kerajaan mahupun swasta? Oleh itu, nasihat untuk adik-adik yang bakal menduduki SPM, anda hendaklah berhati-hati agar tidak malas dan leka semasa menuntut ilmu. ** Masa yang singkat di persekolahan memberi kesan yang panjang dalam kehidupan selepasnya Published with Blogger-droid v1.6.5

Kelebihan amalan menabung

Image
Setiap daripada kita inginkan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Namun demikian, amalan menyimpan hendaklah dijadikan amalan setiap masa. Jika ditimpa musibah, duit yang disimpan tadi boleh digunakan sebagai kegunaan membayar bil dan sebagainya. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Itulah pesanan dari dahulu hingga sekarang. Semoga kita sentiasa beringat selalu bahawa langit tidak selalu cerah. Published with Blogger-droid v1.6.5

Awal Muharam membawa seribu makna

Image
Semalam telah diadakan kempen derma darah di Masjid Jamek, Kuching. Semoga kehadiran tahun baru ini dapat menjadikan kita insan yang lebih maju kehadapan. Published with Blogger-droid v1.6.5

Kasih sayang seorang ayah dalam filem “I am Sam”

Image
Sebuah filem yang sangat menyayat hati bagi sesiapa sahaja yang menontonnya. Kisah seorang bapa yang mempunyai ketidakupayaan ( developmental disability ) yang membataskan peranannya dalam mendidik seorang anak yang semakin membesar dan berkembang pemikirannya. Perkara ini bertambah rumit apabila pihak kebajikan telah mengambil keputusan untuk menyerahkan hak jagaan (custody) kepada keluarga angkat yang lebih berkelayakan. Dengan keupayaan dan kemampuan yang terbatas, Sam Dawson (dilakonkan oleh Sean Penn) mencari peguam untuk membantu beliau mendapatkan semula hak penjagaan ke atas anak perempuannya. Antara pengajaran yang boleh diambil dalam filem ini ialah: 1. Kasih sayang itu tiada batasnya Haiwan yang tidak berakal sekalipun, tidak akan membiarkan anaknya mati kelaparan ataupun diancam oleh sesuatu anasir jahat. Inikan pula seorang manusia yang mempunyai akal fikiran oleh tuhan yang Esa. Sudah tentu bapa yang mendalam kasihnya pada anak, tidak sanggup me...

Pump Attendant : Tiada kerja yang mudah (Episod 1)

Belajar tinggi-tinggi, tapi kerja tak dapat-dapat. Kalau macam tu, baik duk berniaga je. Nah, lihatlah hasilnya, duit masuk, hati senang.  Apa guna memerah otak sedangkan hasilnya kita tak dapat? Begitulah luahan hati saya ketika mula-mula menamatkan pengajian Ijazah sarjana Muda sekitar tahun 2007 dulu.  Bukan memilih pekerjaan, tapi entah di mana silapnya.  Mungkin ini suatu ujian dari tuhan yang ingin menguji hambanya yang beriman.  Ujiannya  mempunyai sejuta hikmah yang tidak terjangkau pemikiran manusia untuk memikirkannya. Suatu petang, ketika  hendak solat Asar.. tiba-tiba.. Hello? Boleh bercakap dengan Encik Abg Isaifuddin?   Hello, saya bercakap.   Saya dari Stesen Petronas (sekitar Kuching).  Encik dapat datang temuduga tak sekarang?   Hmmm, maaf cik, sekarang hujan lebat saya tak dapat ke sana.  Lagipun takda transport   Ok, kalau kea...