Panduan menjadi seorang guru : Menguasai ilmu pengetahuan (Siri 1)

Seorang guru mestilah menguasai ilmu terutamanya dalam mata pelajaran yang diajar di sekolah.  Ini kerana, seringkali pelajar akan bertanya soalan yang berada di luar rangkuman silibus (sukatan pelajaran).

Selain itu, antara kepentingan memiliki penguasaan yang baik dalam sesuatu ilmu akan menjadikan guru tersebut mudah untuk menghubungjalin (link) sesuatu tajuk dengan isu semasa.

Jika guru dapat memberi kefahaman kepada pelajar di dalam kelas, itu adalah lebih baik berbanding dengan hanya pelajar mampu mengingat semula fakta yang telah diajar.  Ini kerana pelajaran yang mampu diaplikasikan dalam kehidupan seharian akan menjadi lebih bermakna dan berkekalan kesannya terhadap kehidupan seharian mereka.

Sebagai contoh, jika pelajar hanya menghafal bacaan dalam solat, tetapi tidak dapat melakukannya ibadat tersebut dengan betul serta khusyuk, maka sudah tentu objektif pelajaran hanya dapat dicapai di atas RPH (Rancangan Pengajaran Harian) sahaja dan bukannya di luar kelas.

Comments

  1. Ni nak tanya la kepada rakan guru senior, kalau nak amik master dalam pendidikan bagus amik master bahagian major kita atau amik master bahagian pendidikan aka menagement and leadership macam tu

    ReplyDelete
  2. ni kena gk byk perkara.. kalau niat nak jadi pentadbir sekolah atau institusi tinggi utk masa depan, ambik management.. kalau untuk luaskan ilmu, baik cross bidang. contoh sekarang ajar Pendidikan Moral, master ambik kaunseling ke or mana2 yg munasabah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Memberi kepercayaan kepada pelajar : Guru boleh bantu pelajar yakin pada diri

Nilai Cinta : Kupasan sebuah drama Melayu