Posts

Showing posts with the label Investment

Gaji dibayar setiap hari? Dan bukan setiap satu bulan?

Image
Salam 1 Malaysia, pada artikel kali ini penulis ingin membuka minda pembaca berkenaan apa akan terjadi jika   gaji penjawat diberi pilihan dibayar setiap hari dan bukannya setiap hujung bulan sahaja.  Artikel ini hanya untuk perkongsian , mungkin kita boleh lihat perkara ini sebagai 1 alternatif yang boleh ditimbang oleh pihak yang berkenaan. Gaji tak cukup-cukup juga setiap hujung bulan? Kalau dibayar setiap hari? Dapat tampung belanja makan minum minyak tak? Jika gaji anda RM1500, dibahagikan 30 hari  = RM50/sehari Maka kuasa beli anda setiap hari adalah RM50 (banyak tu) Jika dapat RM50 setiap hari, tak payah nak tunggu sampai hujung bulan, dah kebuluran masa tu! Bayar kereta / rumah / bil air api lain  boleh  dirancang bayar hari-hari ! Kereta (RM400 = bajet 8 hari) Letrik & Air (RM120 = bajet 3 hari) Rumah (RM600 = Bajet 12 hari) Belanja dapur (hari-hari dapat makan, tak payah nak ikat perut) *...

Cara orang Cina berniaga (Rahsia 1)

Image
Salam sejahtera. Apa khabar sidang pembaca sekalian. Pada artikel kali ini saya ingin memberikan sedikit pandangan bagaimana orang Cina di Malaysia berniaga. Pada hemat penulis, artikel ini boleh dijadikan sebagai satu kaedah untuk kita memajukan perniagaan sendiri tidak kira kecil mahupun besar. Tips 1: Setiap pemandu bas yang membawa sekumpulan pelancong atau penumpang akan diberikan makan percuma! Penulis pernah mendengar sendiri beberapa orang pemandu bas di negeri Sarawak memaklumkan perkara ini kepada saya sendiri.  Antara tempat yang penulis masih ingat adalah di Kawasan Rehat Layar (Betong) dan Selangau. Kaedah yang digunakan oleh peniaga Cina ini sangat mudah iaitu jika pemandu bas tersebut singgah di kawasan perniagaan mereka, pemandu tersebut akan diberikan set makanan percuma (pilih sendiri).   Ini kerana mereka membawa rezeki (penumpang yang kelaparan dan kehausan). Bayangkan b erapa sangatlah kos makan driver tersebut (paling mahal kita anggar...

Berniaga cara Saidina Abdul Rahman Bin Auf (Tokoh Islam)

Image
Berikut adalah tips perniagaan yang boleh kita ambil dari seorang korporat Islam yang amat tersohor dalam bidang perniagaan iaitu Saidina Abdul Rahman Bin Auf: Sikit, tapi untung Konsepnya mudah, untung sedikit tetapi dalam kuantiti yang banyak . Setibanya Saidina Abdul Rahman berhijrah dari Mekah ke Madinah, beliau ditawarkan oleh seorang saudaranya yang baru sama ada mahu memiliki kekayaan atau isterinya, namun beliau lantas memilih agar ditunjukkan sahaja di mana letaknya pasar. Dari situ, beliau memulakan perniagaan menjual unta. Harga unta yang dijual hanya 1000 dirham (tiada untung kerana harga kos unta adalah 1000 dirham juga!). Cuba teka? Di mana keuntungan itu diperolehi? Jawapannya, beliau hanya mengambil untung atas jualan tali yang mengikat unta tersebut!   Bayangkan beliau dapat menjual 1000 ekor unta dalam masa sehari sahaja. Untungnya? 1000 upah tali x 1 dirham = 1000 dirham Banyakkan sedekah atau infak Berapa ramai antara kita yang selalu berse...

Buat duit dengan homestay atau kediaman anda!

Image
Salam saudara dan saudari, anda masih mencari website tempatan untuk promosikan homestay, bilik untuk disewa (short term) ataupun budget hotel? Kini anda boleh melakukannya dengan mudah melalui HomeStayr.my yang mana ditujukan khas untuk para pengguna tempatan untuk menyenaraikan homestay, bilik jangka pendek dan budget hotel untuk disewa melaluinya.   Antaramuka utamanya juga turut memudahkan para pengguna mencari bilik mengikuti lokasi dengan mudah. Dengan design yang ringkas serta perkhidmatan 'listing' percuma, nyata memberi banyak kemudahan kepada pengguna. Sila kunjungi HomeStayr.my untuk maklumat lanjut.