Islam itu agama yang indah. Tiada siapa yang mampu menyangkal akan kebenarannya.Kali ini saya akan berkongsi satu isu kekeluargaan iaitu "Tatkala perceraian, ramai yang kembali kepada agama asal". Percintaan yang bermula dengan kata-kata manis atau janji-janji sehidup semati bukanlah tiket untuk berkekalan hubungan suami isteri. Di zaman yang serba canggih ini, apa-apa sahaja boleh menggugat keimanan dan menggoyahkan perhubungan suami isteri. Lantaran tekad serta keazaman untuk hidup bersama, ramai antara masyarakat yang bukan Islam memeluk Islam. Kemudian barulah akad nikah dapat dilakukan. Tangungjawab sebagai suami isteri perlu dilaksanakan, disamping menjaga akidah yang suci. Namun ada antara kita yang mengambil mudah perkara ini. Lafaz dua kalimah syahadah hanya kedengaran ketika memasuki Islam, namun terus dilupakan setelah beberapa ketika selepas itu. Ini adalah tidak bertepatan dengan maksud sebenar kalimah yang dilafazkan suatu ketika dah...