Belajar untuk peperiksaan PMR / SPM / STPM / UNIVERSITI

Salam sejahtera kepada pembaca sekalian, pada artikel kali ini saya akan memberikan satu kaedah belajar yang sangat sesuai untuk dipraktikkan oleh semua golongan pelajar tidak kira tahap mana mereka menuntut ilmu.

Kaedah yang dimaksudkan adalah dengan kaedah FILM (diperolehi dari ceramah teknik belajar tahun 1999 dari seorang Prof UTM)




Tidak kira apa sahaja kertas yang anda gunakan untuk menulis atau mencatatkan apa yang anda belajar, anda perlu gunakan kaedah ini. (Tulis dan tandakan jika ada buat)

Untuk setiap perkara yang anda belajar perlulah diletakkan 4 patah perkataan keramat ini iaitu F, I, L, dan M.  Ini kerana setiap nota yang anda buat perlulah anda faham dan ingati! Dalam belajar, kalau dah faham tapi tak menghafal maka tiada gunanya kerana mungkin anda faham tapi apabila masa peperiksaan sebenar anda tidak dapat nak keluarkan isi-isi utama pun. Rugi kan?

Yang keduanya, anda perlu buat latihan dan mahir tajuk yang telah diajar oleh guru anda. Jika faham dan ingat, perlu la juga buat latihan ye adik-adik. Macam belajar silat la. kalau ingat bunga dan teknik je takkan cukup sebab kita takda buat latihan, dan untuk mahir perlu banyak latihan, barulah menjadi!

Semoga perkongsian ringkas ini jadi amalan yang berguna serta sampaikan kepada yang lain. Terima kasih kerana sudi membaca.

Popular posts from this blog

Memberi kepercayaan kepada pelajar : Guru boleh bantu pelajar yakin pada diri

Nilai Cinta : Kupasan sebuah drama Melayu