Posts

Showing posts with the label KRS

Kontinjen Samarahan tempat ke-3 keseluruhan

Image
Kelihatan banner menyambut kedatangan dan pemergian kami ke SMK Kemena, Bintulu sempena dengan perkhemahan bersepadu KRS-NGO Peringkat Negeri Sarawak 2012. Kami tak kuat, kami tak hebat! Namun apa yang penting? KERJASAMA!

Wong Shee Ching rangkul anugerah Peserta Perempuan Terbaik

Image
Wong Shee Ching dari Kontinjen Samarahan telah dianugerahkan sebagai peserta perempuan terbaik Perkhemahan KRS-NGO Peringkat Negeri Sarawak 2012. Rasa terharu juga sebab saya tidak dapat melihat saat manis itu kerana terpaksa bergegas ke Hospital membawa peserta yang sakit.

Raptai Majlis Penangguhan Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform KRS-NGO Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak 2012

Image
Inilah raptai yang diadakan untuk majlis penangguhan Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak tahun 2012 di SMK Kemena Bintulu. Kelihatan peserta agak gusar kerana cuaca yang agak panas dan menggigit kulit. Saya sempat merakamkan beberapa foto untuk dijadikan kenangan. Kontinjen Samarahan dikemudi oleh Syafiq dan Muqri. Kelihatan Sarjan Rima dalam gambar ini. Senyum... Barisan kontinjen Puteri Samarahan.. Lyne, Rima, Ida, Emelda, Doreen, Afikah dan Alia.

Kem Jati Diri KRS SMK Serian

Image
Pelajar diajar dengan pelbagai kemahiran yang mampu menjadikan mereka sebagai pelajar yang mempunyai jiwa,fizikal,kerohanian yang utuh. Kali ini Homestay Hj Bujang, Lundu menjadi lokasi bagi memantapkan kemahiran tertentu seperti ikhtiar hidup,membuat gejek,mendirikan khemah dan lain-lain lagi. Antara guru yang menjayakan kem ini ialah Cikgu Noraziati, Cikgu Azaliza, Cikgu Fairuz, Cikgu Stanly, Ustazah Misbah dan Ustaz Isaifuddin. Harapan guru-guru untuk kem ini ialah agar pelajar mampu mewujudkan semangat kerjasama di dalam kumpulan disamping meningkatkan skil masing-masing Amir Rezuan dan Seni turut membantu Pasang khemah di Kem Hj Bujang Published with Blogger-droid v1.6.5