Memberi kepercayaan kepada pelajar : Guru boleh bantu pelajar yakin pada diri

Pelajar perlu diberikan kepercayaan agar mereka mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri.  Sekiranya pelajar diberikan peluang untuk meningkatkan cara mereka bertindak, guru seharusnya memberikan peluang tersebut kepada anak didik mereka.

Sebagai huraian saya bawakan beberapa contoh seperti di bawah:

Pelajar gugup semasa mebentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas

Keadaan ini biasanya berlaku semasa P&P yang melibatkan pembentangan hasil kerja setelah perbincangan dalam kumpulan diadakan.  Jika pelajar anda gugup di hadapan kelas, anda perlu maklumkan kepada pelajar yang lain agar mereka memberikan kerjasama terhadap pelajar tersebut.

Berikan tepukan kepada pelajar tersebut setelah selesai beliau membentangkan hasil kerja.  Langkah ini sangat penting supaya pelajar tersebut merasakan bahawa hasil kerja mereka dihargai.  Terdapat 2 tindakan guru sejurus selepas itu iaitu memberikan peneguhan ataupun kritikan membina.

Pelajar tidak yakin dengan kebolehan sebenar mereka

Semasa aktiviti sukan ataupun situasi di luar kelas, pelajar lebih cenderung untuk beeperlakuan pasif (tidak aktif).  Sebagai contoh, semasa sukan lompat tinggi, ada antara pelajar yang tidak dapat melakukan lompatan dengan cara yang betul.

Maka, guru perlulah menunjukkan cara melompat dengan betul terlebih dahulu agar pelajar yakin dengan kebolehan masing-masing.  Dengan cara ini, keyakinan dalam diri pelajar dapat dibentuk secara tidak langsung. 

Comments

  1. betul tu...seorang guru perlu memupuk semangat jati diri dan keyakinan para pelajarnya dengan memberi kepercayaan dan komitmen yang rasional....

    ReplyDelete
  2. dorongan dari guru mampu merubah kendiri pelajar

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sejarah Pembinaan Masjid Bandar Sri Aman

Petunjuk Jalan Kekayaan