Kawan, jom join WOU...
Dua hari yang lepas saya berpeluang untuk menghadiri satu preview yang dikelolakan oleh Wawasan Open University. Al-maklum la WOU ni masih baru lagi, sudah tentu pembawaan yang ingin dibawa berbeza dengan universiti2 yang lain.
Semasa preview tersebut, kami telah diterangkan dengan tujuan penubuhan Wawasan Open University iaitu semua orang mempunyai kesaksamaan peluang (equal opportunity) untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang mereka minati.
Semasa sesi soal jawab (Q&A session), saya bertanya kepada salah seorang pegawai yang terlibat memandangkan saya sendiri tidak pasti apa yang saya akan dapat jika (what I will gain) saya menuntut di institusi ini sedangkan saya sudah ada degree malahan post graduate diploma pun sudah dimiliki serta pekerjaan yang tetap dalam sektor kerajaan.
Dengan mudah beliau menjawab, masa depan penuh dengan perkara yang berupa ketidakpastian (unpredictable). Beliau menambah lagi bahawa sebagai Muslim kita wajib mempunyai individu yang mahir atau tahu dalam perkara2 fardhu kifayah. Farhu kifayah ni bukan mandi mayat je, bukan solat jenazah je. Saya mengangguk2 sebagai tanda faham dan setuju dengan kenyataan beliau.
Setelah saya fikir secara separuh masak (ayat salah ni), saya ambil keputusan untuk further study (walhal tak jauh pun) dari rumah. OK, saya ingin suatu perubahan pada diri saya. mungkin dahulu saya tidak berpeluang untuk menentukan sendiri bidang yang saya minati, tapi kini hasrat saya sudah tercapai.
Duit takda? Jangan risau pembaca sekalian, ambik macam saya. Saya ambil satu subjek je semester mendatang ni. Saya ambik dulu mana-mana subjek yang core (utama) dan murah.
Bila belajar ni kena ingat kita mesti jaga hubungan dengan majikan, keluarga dan dunia pelajaran baru ni. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Comments
Post a Comment