Panduan menjadi seorang guru : Mempunyai kesabaran dalam mendidik (Siri 2)
Masih terngiang di benak fikiran saya semasa zaman persekolahan dahulu, Ustazah Habibah yang sering mengingatkan agar kami senantiasa solat walau di mana kami berada. Pada ketika itu, tidak tergerak pun hati untuk menunaikan kewajipan tersebut. Mungkin inilah yang dinamakan sebagai hidayat, akhirnya setelah diingatkan banyak kali, tanpa jemu dan mengenal penat lelah akhirnya saya sudah mampu melakukan ibadah solat walaupun tidak lengkap 5 waktu.
Begitulah hakikatnya dunia pelajar dan remaja. Mereka hendaklah dipesan setiap waktu walaupun pelajar sudah mengetahui perkara terbabit. Kita sebagai guru hanya mampu mendidik serta memberikan tunjuk ajar. Hanya Allah sahaja yang mampu memberikan hidayat dan petunjuk.
guru memang kena sabar... nice blog
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi membaca
Delete