Assalamualaikum kepada pembaca sekalian, pada artikel kali ini saya akan berkongsi berkenaan dengan sejarah pembinaan Masjid Besar Sri Aman (nama barunya ialah Masjid Bandar Sri Aman). Artikel ini bolehlah dijadikan sebagai rujukan sampingan terutamanya kepada pengkaji dan adik-adik yang buat kerja kursus sekolah. Kesemua kandungan artikel ini adalah diambil dari buku perasmian Masjid Bandar Sri Aman (Cetakan tahun 1981). Buku perasmian ini sempat saya selamatkan daripada dimakan anai-anai yang menyerang hampir kesemua buku Allahyarham datuk yang tercinta iaitu Hj. Mohamad Hanis Bin Mahlie yang telah pergi menemui rabb pada tahun 2003. Al-Fatihah kita panjatkan semoga rohnya bersama kalangan orang-orang yang soleh dan bertakwa. Tidak lupa Al-Fatihah juga kepada penulis sejarah ringkas pembinaan Masjid Besar Sri Aman ini iaitu Encik Chaiti Bolhassan dan Tn Hj Mohd Bujang . Artikel ini akan mem fokuskan kepada beberapa tajuk kecil supaya kita dapat mengambil beb...
Pelajar perlu diberikan kepercayaan agar mereka mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. Sekiranya pelajar diberikan peluang untuk meningkatkan cara mereka bertindak, guru seharusnya memberikan peluang tersebut kepada anak didik mereka. Sebagai huraian saya bawakan beberapa contoh seperti di bawah: Pelajar gugup semasa mebentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas Keadaan ini biasanya berlaku semasa P&P yang melibatkan pembentangan hasil kerja setelah perbincangan dalam kumpulan diadakan. Jika pelajar anda gugup di hadapan kelas, anda perlu maklumkan kepada pelajar yang lain agar mereka memberikan kerjasama terhadap pelajar tersebut. Berikan tepukan kepada pelajar tersebut setelah selesai beliau membentangkan hasil kerja. Langkah ini sangat penting supaya pelajar tersebut merasakan bahawa hasil kerja mereka dihargai. Terdapat 2 tindakan guru sejurus selepas itu iaitu memberikan peneguhan ataupun kritikan membina. Pelajar tidak yakin dengan ke...
Tajuk buku: Petunjuk Jalan Kekayaan Penulis : Dr Rusly Abdullah Ph.D Tahun : 2004 Penerbit : Al-Ameen Serve holdings Sdn Bhd Komen: Tahniah saya ucapkan kepada penulis kerana berjaya menerbitkan sebuah lagi buku yang berkualiti dan bermutu . Saya menggemari teknik penulisan yang telah dilakukan oleh penulis. Secara tidak sedar, saya boleh menghabiskan buku ini dalam masa 1 hari sahaja. Antara huraian yang terdapat dalam buku ini ialah berkisar tentang kesusahan dan bebanan yang ditanggung oleh penulis tatkala bisness yang diusahakannya jatuh serta merubah kehidupannya sekeluarga. Perkara ini sering kita dengar akibat daripada perusahaan yang tidak mendatangkan keuntungan, sudah pasti bahana yang menunggu. Saya tertarik satu isi yang terdapat di dalam buku ini iaitu kekayaan bermula dengan menyimpan sebahagian pendapatan secara berterusan . Peribahasa Melayu ada menyatakan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Namun , kita juga harus melihat secara mend...
Comments
Post a Comment