Mengatasi pelbagai ragam, tingkah laku dan perangai pelajar di dalam kelas

Tingkah laku pelajar yang pelbagai memberikan cabaran kepada para pendidik.  Adakalanya tingkah laku pelajar mengganggu aktiviti pembelajaran di dalam kelas.  Dengan adanya beberapa tindakan awal dari guru (tindakan proaktif), guru terbabit mampu mengubah keadaan yang hingar bingar menjadi suatu situasi yang kondusif dan selesa untuk proses P&P.

Berikut adalah beberapa cadangan bagi menghadapi sesi P&P yang memenatkan:
  • Susun atur kelas
Susun atur kelas yang tidak baik akan mengakibatkan kebarangkalian berlakunya gangguan semasa P&P.  Sebaik-baik susunan dalam kelas ialah susunan meja dan kerusi yang tidak terlalu dekat dan tidak pula terlalu jauh.  Ini bermakna, minimumkan pergerakan pelajar jika teknik pengajaran anda melibatkan kaedah syarahan mahupun penerangan.  Namun demikian, bagi kaedah pengajaran berbentuk permainan, pergerakan pelajar boleh dikawal dengan memberikan arahan yang jelas serta tersusun.

  • Mengenalpasti tingkah laku yang menjadi punca masalah 
Kenalpasti tingkah laku pelajar dan corak tindak-tanduk pelajar yang sering menimbulkan masalah di dalam kelas anda.  Kenalpasti ciri-ciri ini dari awal lagi dan cuba rangka apakah kesan tingkah laku pelajar terbabit terhadap kelas secara keseluruhannya.  

Analisis apakah punca serta ubah kedudukan kelas dari  masa ke masa.  Disamping itu, anda terapkan nilai-nilai murni seperti hormatkan guru, kasihi ibu bapa, hargai harta benda sekolah dan sebagainya di dalam pengajaran anda.  Libatkan juga pihak atasan, guru lain dan ibu bapa supaya permasalahan semasa P&P tidak berulang lagi
  • Peraturan dan prosedur
Anda perlu menetapkan peraturan di dalan kelas (terutama pada kelas pertama anda).  Jadikan segala peraturan yang ditetapkan dan dipersetujui bersama itu menjadi rutin seharian apabila mereka menjejakkan kaki ke sekolah.


Terangkan bagaimana jika hendak berinteraksi dengan guru, berhubungan sesama rakan kelas serta menjauhi perbuatan yang boleh merosakkan komunikasi seharian seperti mengeluarkan kata kesat dan sebagainya.  Wujudkan suatu keadaan di mana kesemua pelajar perlu mematuhi serta mengikuti peraturan kelas yang telah ditetapkan bersama itu.

Malah, sikap bertanggungjawab di dalam diri pelajar boleh dibentuk sekiranya guru mengamanahkan setiap pelajar agar selalu menasihati rakan sekelas mereka andainya mereka melanggar peraturan kelas.  Perhubungan yang baik di dalam kelas ini mampu merubah situasi kelas yang tegang menjadi aman dan kondusif.
  • Ganjaran
Berikan sedikit ganjaran ataupun pujian terhadap pelajar anda sekiranya mereka mempunyai peningkatan dari segi sakhsiah dan keperibadiaan mereka.  Ganjaran ini akan menjadi suatu penghargaan di atas usaha mereka untuk membaiki diri sendiri.  Perlu diingatkan bahawa, hadiah terbabit tidak semestinya mahal, cukuplah sekadar kecil tetapi bermakna!

*Artikel ini diolah semula berdasarkan situasi pendidikan di Malaysia.  Idea asal dari Samantha Lowe

Comments

Popular posts from this blog

Memberi kepercayaan kepada pelajar : Guru boleh bantu pelajar yakin pada diri

Nilai Cinta : Kupasan sebuah drama Melayu