Posts

Showing posts with the label Financial

Gaji dibayar setiap hari? Dan bukan setiap satu bulan?

Image
Salam 1 Malaysia, pada artikel kali ini penulis ingin membuka minda pembaca berkenaan apa akan terjadi jika   gaji penjawat diberi pilihan dibayar setiap hari dan bukannya setiap hujung bulan sahaja.  Artikel ini hanya untuk perkongsian , mungkin kita boleh lihat perkara ini sebagai 1 alternatif yang boleh ditimbang oleh pihak yang berkenaan. Gaji tak cukup-cukup juga setiap hujung bulan? Kalau dibayar setiap hari? Dapat tampung belanja makan minum minyak tak? Jika gaji anda RM1500, dibahagikan 30 hari  = RM50/sehari Maka kuasa beli anda setiap hari adalah RM50 (banyak tu) Jika dapat RM50 setiap hari, tak payah nak tunggu sampai hujung bulan, dah kebuluran masa tu! Bayar kereta / rumah / bil air api lain  boleh  dirancang bayar hari-hari ! Kereta (RM400 = bajet 8 hari) Letrik & Air (RM120 = bajet 3 hari) Rumah (RM600 = Bajet 12 hari) Belanja dapur (hari-hari dapat makan, tak payah nak ikat perut) *...

Mencari tiket Air Asia yang murah

Image
Salam sejahtera, anda mungkin tercari-cari tiket Air Asia yang murah untuk percutian anda.  Artikel kali ini akan menerangkan serba sedikit cara mendapatkan tiket yang murah dengan cepat dan pantas. Layari web fleapy.com .  Skrin akan terpampang seperti ini :   Sila pilih destinasi dan arah tuju anda! Sesudah itu, klik butang search. Maka akan kelihatan skrin seperti di bawah ini : Jika anda memilih untuk pergi-balik, maka anda akan dibawa untuk memilih tiket pilihan anda pada paparan sebelah kanan Selesai sahaja meilih tiket, permohonan anda akan diproses Nah, sudah direct terus ke laman sesawang Air Asia ..

Berniaga cara Saidina Abdul Rahman Bin Auf (Tokoh Islam)

Image
Berikut adalah tips perniagaan yang boleh kita ambil dari seorang korporat Islam yang amat tersohor dalam bidang perniagaan iaitu Saidina Abdul Rahman Bin Auf: Sikit, tapi untung Konsepnya mudah, untung sedikit tetapi dalam kuantiti yang banyak . Setibanya Saidina Abdul Rahman berhijrah dari Mekah ke Madinah, beliau ditawarkan oleh seorang saudaranya yang baru sama ada mahu memiliki kekayaan atau isterinya, namun beliau lantas memilih agar ditunjukkan sahaja di mana letaknya pasar. Dari situ, beliau memulakan perniagaan menjual unta. Harga unta yang dijual hanya 1000 dirham (tiada untung kerana harga kos unta adalah 1000 dirham juga!). Cuba teka? Di mana keuntungan itu diperolehi? Jawapannya, beliau hanya mengambil untung atas jualan tali yang mengikat unta tersebut!   Bayangkan beliau dapat menjual 1000 ekor unta dalam masa sehari sahaja. Untungnya? 1000 upah tali x 1 dirham = 1000 dirham Banyakkan sedekah atau infak Berapa ramai antara kita yang selalu berse...

Tips simpan duit / belanja duit gaji

Mungkin anda pernah membaca atau mendengar pelbagai tips yang diberikan oleh pakar kewangan dalam pengurusan kewangan.  Namun saya ingin menambah beberapa tips berdasarkan pengalaman saya sendiri atau pengalaman rakan yang lain sebagai perkongsian bersama. Simpan duit gaji + Side income + Jana Duit   Belanja duit gaji Koperasi   Buat pelaburan di Koperasi sekolah (bagi guru). Pulangan yang akan didapati dianggarkan melebihi 10% dan adalakala boleh mencecah hingga 17%.   Tiada risiko yang tinggi macam saham. Genap setahun, duit boleh ambil balik atau labur semula.   *Melabur pada sumber yang baik, menjamin kesejahteraan hidup! Guna prepaid   Gunakan prepaid. Guna bila perlu. Tidak semua perkara perlukan anda membuat panggilan.  Jika prepaid habis, anda masih boleh terima panggilan.   Beli top up prepaid yang berharga RM5 (hotlink) dalam 6 keping (RM5 x 6...

Petunjuk Jalan Kekayaan

Tajuk buku: Petunjuk Jalan Kekayaan Penulis : Dr Rusly Abdullah Ph.D Tahun : 2004 Penerbit : Al-Ameen Serve holdings Sdn Bhd Komen: Tahniah saya ucapkan kepada penulis kerana berjaya menerbitkan sebuah lagi buku yang berkualiti dan bermutu . Saya menggemari teknik penulisan yang telah dilakukan oleh penulis. Secara tidak sedar, saya boleh menghabiskan buku ini dalam masa 1 hari sahaja. Antara huraian yang terdapat dalam buku ini ialah berkisar tentang kesusahan dan bebanan yang ditanggung oleh penulis tatkala bisness yang diusahakannya jatuh serta merubah kehidupannya sekeluarga. Perkara ini sering kita dengar akibat daripada perusahaan yang tidak mendatangkan keuntungan, sudah pasti bahana yang menunggu. Saya tertarik satu isi yang terdapat di dalam buku ini iaitu kekayaan bermula dengan menyimpan sebahagian pendapatan secara berterusan . Peribahasa Melayu ada menyatakan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Namun , kita juga harus melihat secara mend...