Posts

Showing posts with the label SMK Serian

Panorama SMK Serian 2013

Image
Sekadar berkongsi panorama di SMK Serian..

Sambutan Hari Guru SMK Serian Tahun 2013

Image
Sambutan pada tahun ini sangat meriah walaupun dalam keadaan hujan lebat dan pelajar duduk berhimpit-himpit di dalam dewan Sri Sadong. Bacaan ikrar diketuai oleh Cikgu Mahadhir B Mohamad. Lagu hari Guru pula dikepalai oleh cikgu Jablish.  Yang paling menariknya, persembahan nyanyian secara band turut memeriahkan suasana. Guru yang terlibat di dalam persembahan tersebut adalah cikgu Rose, cikgu Amelia, cikgu Jablish, cikgu Adrick, cikgu Johnny Bong dan cikgu Johnny Dondong. Turut membantu adalah Encik Felix.

Majlis persaraan Puan Lee Siew Nyuk di SMK Serian

Image
SMK Serian telah mengadakan satu majlis mengenang jasa sempena persaraan Puan Lee Siew Nyuk.  Semoga beliau beroleh kesihatan yang sempurna serta menikmati kehidupan selepas bersara dalam keadaan damai dan sentosa. Keadaan sangat meriah kek persaraan... Sambutan Bersama Pelajar Sesi Petang Guru bersemangat walaupun hujan sudah mula membasahi diri  Pn Lee memberikan ucapan terakhir dalam hujan renyai-renyai Pihak pentadbir SMK Serian tetap duduk mendengar amanat terakhir  Pelajar memberikan tepukan gemuruh atas ucapan dari Puan Lee  Walaupun majlis sangat singkat, tetapi penuh bermakna !  Melambaikan tangan ke arah anak didik yang tercinta  Pengawas seiring memberikan salam kepada guru mereka Punch card terakhir selaku penjawat awam, namun gelaran "Cikgu" tetap abadi selamanya...

Minggu Kemanusiaan SMK Serian 2012

Image
Landskap ala-ala air terjun ni memang menarik perhatian kepada pengunjung yang melawat pameran  oleh panitia Seni Visual sempena minggu Kemanusiaan SMK Serian 2012.  Jika dilihat, pereka telah membuat sebuah banner yang bercorakkan hidupan akuatik serta pemandangan air terjun. Landskap ini bertambah cantik dengan adanya air terjun (guna water pump) yang menghidupkan suasana perkelahan dan santai kepada pengunjung yang tiba.   Kasut yang dicat oleh pelajar sendiri.. sangat menarik serta kreatif

Kontinjen Samarahan tempat ke-3 keseluruhan

Image
Kelihatan banner menyambut kedatangan dan pemergian kami ke SMK Kemena, Bintulu sempena dengan perkhemahan bersepadu KRS-NGO Peringkat Negeri Sarawak 2012. Kami tak kuat, kami tak hebat! Namun apa yang penting? KERJASAMA!

Raptai Majlis Penangguhan Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform KRS-NGO Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak 2012

Image
Inilah raptai yang diadakan untuk majlis penangguhan Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak tahun 2012 di SMK Kemena Bintulu. Kelihatan peserta agak gusar kerana cuaca yang agak panas dan menggigit kulit. Saya sempat merakamkan beberapa foto untuk dijadikan kenangan. Kontinjen Samarahan dikemudi oleh Syafiq dan Muqri. Kelihatan Sarjan Rima dalam gambar ini. Senyum... Barisan kontinjen Puteri Samarahan.. Lyne, Rima, Ida, Emelda, Doreen, Afikah dan Alia.

Kem Jati Diri KRS SMK Serian

Image
Pelajar diajar dengan pelbagai kemahiran yang mampu menjadikan mereka sebagai pelajar yang mempunyai jiwa,fizikal,kerohanian yang utuh. Kali ini Homestay Hj Bujang, Lundu menjadi lokasi bagi memantapkan kemahiran tertentu seperti ikhtiar hidup,membuat gejek,mendirikan khemah dan lain-lain lagi. Antara guru yang menjayakan kem ini ialah Cikgu Noraziati, Cikgu Azaliza, Cikgu Fairuz, Cikgu Stanly, Ustazah Misbah dan Ustaz Isaifuddin. Harapan guru-guru untuk kem ini ialah agar pelajar mampu mewujudkan semangat kerjasama di dalam kumpulan disamping meningkatkan skil masing-masing Amir Rezuan dan Seni turut membantu Pasang khemah di Kem Hj Bujang Published with Blogger-droid v1.6.5