Posts

Kasih sayang seorang ayah dalam filem “I am Sam”

Image
Sebuah filem yang sangat menyayat hati bagi sesiapa sahaja yang menontonnya. Kisah seorang bapa yang mempunyai ketidakupayaan ( developmental disability ) yang membataskan peranannya dalam mendidik seorang anak yang semakin membesar dan berkembang pemikirannya. Perkara ini bertambah rumit apabila pihak kebajikan telah mengambil keputusan untuk menyerahkan hak jagaan (custody) kepada keluarga angkat yang lebih berkelayakan. Dengan keupayaan dan kemampuan yang terbatas, Sam Dawson (dilakonkan oleh Sean Penn) mencari peguam untuk membantu beliau mendapatkan semula hak penjagaan ke atas anak perempuannya. Antara pengajaran yang boleh diambil dalam filem ini ialah: 1. Kasih sayang itu tiada batasnya Haiwan yang tidak berakal sekalipun, tidak akan membiarkan anaknya mati kelaparan ataupun diancam oleh sesuatu anasir jahat. Inikan pula seorang manusia yang mempunyai akal fikiran oleh tuhan yang Esa. Sudah tentu bapa yang mendalam kasihnya pada anak, tidak sanggup me...

Tips untuk suami isteri (Edisi Solat Tarawih)

Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk semua umat Islam beribadah. Segala pintu keampunan dan rahmat terdapat dalam bulan yang penuh dengan barakah ini. Namun apa yang menyedihkan, ada sahaja pengorbanan yang tidak sepatutnya berlaku di dalam rumahtangga . Apabila ditanya kepada isteri  “Mengapa tak buat tarawih secara berjemaah kat surau?” Jawab isteri “Mana nak buatnya, suami dah pergi, siapa lagi nak jaga anak-anak” * Keadaan di atas sepatutnya  win-win situation  kerana Ramadhan hanya setahun sekali dan suami isteri kalau boleh digalakkan sama-sama mendapat fadhilat Ramadhan *Biarlah suami  isteri itu beroleh pahala yang diganjari oleh Allah SWT bersama-sama   Antara solusi / cadangan yang boleh kita lakukan terhadap masalah ini ialah dengan mewujudkan suatu kaedah giliran dalam solat tarawih. Sila rujuk jadual di bawah. Rakaat (Tarawih) Suami Isteri 2 Solat tar...

Tips simpan duit / belanja duit gaji

Mungkin anda pernah membaca atau mendengar pelbagai tips yang diberikan oleh pakar kewangan dalam pengurusan kewangan.  Namun saya ingin menambah beberapa tips berdasarkan pengalaman saya sendiri atau pengalaman rakan yang lain sebagai perkongsian bersama. Simpan duit gaji + Side income + Jana Duit   Belanja duit gaji Koperasi   Buat pelaburan di Koperasi sekolah (bagi guru). Pulangan yang akan didapati dianggarkan melebihi 10% dan adalakala boleh mencecah hingga 17%.   Tiada risiko yang tinggi macam saham. Genap setahun, duit boleh ambil balik atau labur semula.   *Melabur pada sumber yang baik, menjamin kesejahteraan hidup! Guna prepaid   Gunakan prepaid. Guna bila perlu. Tidak semua perkara perlukan anda membuat panggilan.  Jika prepaid habis, anda masih boleh terima panggilan.   Beli top up prepaid yang berharga RM5 (hotlink) dalam 6 keping (RM5 x 6...

Pekerjaan yang boleh dilakukan oleh seorang isteri / ibu dirumah

Data entri.  Pekerjaan ini memerlukan anda untuk mengisi borang-borang ataupun membuat spreadsheet dari dokumen mahupun dari laman web.  Kerjanya memang tidak sukar, namun harus berhati-hati dengan scam (skim dapat duit yang tidak telus).  Pendapatan yang dijana tidaklah seperti yang selalu digembar-gembur oleh beberapa iklan.  Anda boleh rujuk artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penipuan yang sering terjadi dan telah merugikan banyak individu yang tidak berhati-hati.  http://asiaparttime.com/blog/asiaparttime/how-to-tell-if-a-data-entry-job-is-a-scam/ Menulis.  Jika anda berminat menulis (tidak kisah apa-apa genre), anda mungkin boleh menjana pendapatan pasif.  Contohnya Dewan Bahasa & Pustaka seringkali mencari penulisan-penulisan baru dan jika terpilih, mereka akan diberikan honararium.  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat khabar tempatan seperti Utusan Sarawak di bahagian selitan ataup...

Pump Attendant : Tiada kerja yang mudah (Episod 1)

Belajar tinggi-tinggi, tapi kerja tak dapat-dapat. Kalau macam tu, baik duk berniaga je. Nah, lihatlah hasilnya, duit masuk, hati senang.  Apa guna memerah otak sedangkan hasilnya kita tak dapat? Begitulah luahan hati saya ketika mula-mula menamatkan pengajian Ijazah sarjana Muda sekitar tahun 2007 dulu.  Bukan memilih pekerjaan, tapi entah di mana silapnya.  Mungkin ini suatu ujian dari tuhan yang ingin menguji hambanya yang beriman.  Ujiannya  mempunyai sejuta hikmah yang tidak terjangkau pemikiran manusia untuk memikirkannya. Suatu petang, ketika  hendak solat Asar.. tiba-tiba.. Hello? Boleh bercakap dengan Encik Abg Isaifuddin?   Hello, saya bercakap.   Saya dari Stesen Petronas (sekitar Kuching).  Encik dapat datang temuduga tak sekarang?   Hmmm, maaf cik, sekarang hujan lebat saya tak dapat ke sana.  Lagipun takda transport   Ok, kalau kea...

Kawan, jom join WOU...

Image
wawasan bag Originally uploaded by abangisaifuddin Dua hari yang lepas saya berpeluang untuk menghadiri satu preview yang dikelolakan oleh Wawasan Open University . Al-maklum la WOU ni masih baru lagi, sudah tentu pembawaan yang ingin dibawa berbeza dengan universiti2 yang lain. Semasa preview tersebut, kami telah diterangkan dengan tujuan penubuhan Wawasan Open University iaitu semua orang mempunyai kesaksamaan peluang ( equal opportunity ) untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang mereka minati. Semasa sesi soal jawab (Q&A session), saya bertanya kepada salah seorang pegawai yang terlibat memandangkan saya sendiri tidak pasti apa yang saya akan dapat jika (what I will gain) saya menuntut di institusi ini sedangkan saya sudah ada degree malahan post graduate diploma pun sudah dimiliki serta pekerjaan yang tetap dalam sektor kerajaan. Dengan mudah beliau menjawab, masa depan penuh dengan perkara yang berupa ketidakpastian (unpredictable). Beliau menambah lagi bahaw...

Trend Pertunangan : Ikut bajet atau ...

Terdetik dalam benak fikiran saya sewaktu musim cuti persekolahan ni, ramai yang melangsungkan perkahwinan malahan ada juga yang membuat majlis pertunangan . Perkara sebegini memanglah sangat digalakkan dalam Islam apatah lagi gejala sosial yang semakin kronik dalam arus perdana melanda begitu hebatnya dari hari ke hari. Baiklah, point yang pertama merisik . Ini adalah step pertama yang biasanya orang Melayu buat sebelum pertunangan itu diadakan. Adat ini dikenali dengan wakil dari pihak lelaki datang bertandang ke rumah si perempuan dengan tujuan untuk mengetahui status perempuan tersebut samada ada "vacancy" atau "available" lagi ke tak?  Namun demikian, merisik ni terpulang kepada pihak perempuan sama ada perlu dibuat ataupun tidak . Wang? Ya, perlu sebab sebelum bertanya kena ada duit buka mulut. Hal ini berbeza antara negeri-negeri di Malaysia . Saya hanya menyatakan adat kebiasaan orang Melayu Sarawak sahaja. Tujuan merisik boleh dilihat seperti...