Pump Attendant : Tiada kerja yang mudah (Episod 1)
Belajar tinggi-tinggi, tapi kerja tak dapat-dapat. Kalau macam tu, baik duk berniaga je. Nah, lihatlah hasilnya, duit masuk, hati senang. Apa guna memerah otak sedangkan hasilnya kita tak dapat?
Begitulah luahan hati saya ketika mula-mula menamatkan pengajian Ijazah sarjana Muda sekitar tahun 2007 dulu. Bukan memilih pekerjaan, tapi entah di mana silapnya. Mungkin ini suatu ujian dari tuhan yang ingin menguji hambanya yang beriman. Ujiannya mempunyai sejuta hikmah yang tidak terjangkau pemikiran manusia untuk memikirkannya.
Suatu petang, ketika hendak solat Asar.. tiba-tiba..
Hello? Boleh bercakap dengan Encik Abg Isaifuddin? |
Hello, saya bercakap. |
Saya dari Stesen Petronas (sekitar Kuching). Encik dapat datang temuduga tak sekarang? |
Hmmm, maaf cik, sekarang hujan lebat saya tak dapat ke sana. Lagipun takda transport |
Ok, kalau keadaan macam ni, nanti bagaimana semasa bekerja? Tentu lagi banyak alasan diberikan. Terima kasih kerana berminat mohon kerja di sini (Letak telefon) |
Ya Allah, kenapa la aku jawab tak boleh tadi? Hujan tu benda kecil je, bukannya ada apa-apa pun (dalam hati menangis kecil). Lantas mengerjakan solat 4 rakaat mengharapkan petunjuk dari Yang Maha Esa.
Assalamualaikum warahmatullah.. assalamualaikum warahmatullah..
Terdetik dalam hati mengatakan “Cubalah kau call semula Petronas tu, mana tau sempat lagi nak interview”
Hello, saya Abang Isaifuddin. Tadi masa cik call, saya tengah nak solat. Boleh tak saya pergi temuduga? |
Hello, ok saya tunggu dalam 10 minit |
Alhamdulillah, Allah mendengar juga bisikan hatiku.
Silakan masuk.. |
Terima kasih cik |
Awak datang tepat pada waktunya, silakan duduk |
Terima kasih (duduk dengan sopan) |
Ok, melihatkan butiran yang terdapat dalam borang ni, awak mempunyai kelayakan yang tinggi. Berapa pointer dapat? |
Hmm, Cuma 2.90 cik |
Not good at all, but its ok. |
Ada transport sendiri? Pengalaman kerja? Boleh kerja shift? Boleh OT? Berapa expected salary? |
(Alahai, berpeluh nak menjawabnya!) (Sedangkan mintak pump attendant je) bla bla bla.. |
Boleh cuci tandas? Tahan panas terik? Ada alahan dengan petrol? Baiklah, bila boleh bekerja? |
Alhamdulillah (syukur pada Allah) Sekarang pun boleh mula!!! (bersungguh-sungguh menjawab) |
Ok, sila jumpa Zaima, ambil baju kerja. Esok kerja jangan lupa punch card. Tahniah kerana menjadi sebahagian dari Rakan Niaga Kecil (RNK) Petronas |
Terima kasih cik... |
Bersambung pada episod yang akan datang..
Comments
Post a Comment