Trend Pertunangan : Ikut bajet atau ...
Terdetik dalam benak fikiran saya sewaktu musim cuti persekolahan ni, ramai yang melangsungkan perkahwinan malahan ada juga yang membuat majlis pertunangan. Perkara sebegini memanglah sangat digalakkan dalam Islam apatah lagi gejala sosial yang semakin kronik dalam arus perdana melanda begitu hebatnya dari hari ke hari.
Baiklah, point yang pertama merisik. Ini adalah step pertama yang biasanya orang Melayu buat sebelum pertunangan itu diadakan. Adat ini dikenali dengan wakil dari pihak lelaki datang bertandang ke rumah si perempuan dengan tujuan untuk mengetahui status perempuan tersebut samada ada "vacancy" atau "available" lagi ke tak?
Namun demikian, merisik ni terpulang kepada pihak perempuan sama ada perlu dibuat ataupun tidak. Wang? Ya, perlu sebab sebelum bertanya kena ada duit buka mulut. Hal ini berbeza antara negeri-negeri di Malaysia. Saya hanya menyatakan adat kebiasaan orang Melayu Sarawak sahaja.
Tujuan merisik boleh dilihat seperti di bawah:
-
Langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai dan menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang
Point kedua bertunang. Lamaran dari seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Hal ini boleh dilakukan melalui wakil pihak lelaki kepada wali (ibu bapa) si perempuan. Melihat trend di Barat, mereka melakukan proposal (tunang) dengan cara yang amat mudah sekali iaitu hanya membawa sebentuk cincin.
Antara hadiah yang biasa diberikan sebagai tanda pertunangan adalah Al-Quran, sejadah, kasut, beg tangan, pakaian, coklat, kek dan sebagainya. Hadiah tersebut tidaklah dilarang asalkan tidak berlakunya pembaziran. Bak kata orang, ukur baju di tangan sendiri, tengok wallet nipis ke tebal...
Point ketiga ialah wanita-wanita yang haram dipinang. Yang ni kena tahu jugak sebab jangan main bedal je nak pinang anak dara orang. Antaranya ialah:
-
Isteri orang. Ini kerana perempuan tersebut masih lagi mempunyai ikatan pernikahan yang sah dengan suaminya. Takda guna la sebab ramai lagi perempuan kat luar sana yang tak kahwin-kahwin lagi. Pilih saja mana yang berkenan. Insya Allah tuan akan dapat apa yang dihajati
-
Isteri yang masih dalam tempoh iddah (lepas cerai, ada tempoh masa untuk suami isteri rujuk kembali). Dalam masa iddah, memang tidak boleh pinang si isteri ni. Ini kerana beliau masih lagi dalam proses untuk re-construct atau menjernihkan keadaan. Mungkin perceraian berlaku kerana salah faham atau ada batu api disebalik tabir..
-
Tunang orang. Ini memang ada larangan dalam Islam "khitbah ála khitbah". Jika pertunangan tersebut diputuskan, maka tiada kesalahan untuk kita meminang.
wah..bagus entry ni.banyak info
ReplyDeleteterima kasih atas kesudiaan baca blog saya..
ReplyDeletesalam din...
ReplyDeletewah, bila nak btunangnya??hehehe..
@Sang Merpati Putih hehe...
ReplyDeleteOh... lain tempat, lainlah adatnya...
ReplyDelete