Pekerjaan yang boleh dilakukan oleh seorang isteri / ibu dirumah

Data entri.  Pekerjaan ini memerlukan anda untuk mengisi borang-borang ataupun membuat spreadsheet dari dokumen mahupun dari laman web.  Kerjanya memang tidak sukar, namun harus berhati-hati dengan scam (skim dapat duit yang tidak telus).  Pendapatan yang dijana tidaklah seperti yang selalu digembar-gembur oleh beberapa iklan.  Anda boleh rujuk artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penipuan yang sering terjadi dan telah merugikan banyak individu yang tidak berhati-hati. 

Menulis.  Jika anda berminat menulis (tidak kisah apa-apa genre), anda mungkin boleh menjana pendapatan pasif.  Contohnya Dewan Bahasa & Pustaka seringkali mencari penulisan-penulisan baru dan jika terpilih, mereka akan diberikan honararium.  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat khabar tempatan seperti Utusan Sarawak di bahagian selitan ataupun melayari sesawang DBP sendiri.

Seni grafik.  Banyak laman web pada masa kini mencari grafik yang bermutu.  Jika anda mahir menggunakan beberapa perisian seperti Photoshop, anda boleh menunjukkan kebolehan anda.  Ada beberapa blog yang pernah saya temui menawarkan untuk mengambil upah atas kerja yang mereka lakukan.

Blogging.  Sudah ramai yang berjaya menjana pendapatan melalui blog mereka.  Jika anda mempunyai minat dalam membuat kek, tidak salah sekiranya bakat tersebut boleh dijadikan platform untuk anda mengaut keuntungan.  Gunakan minda kreatif anda untuk menarik dan mempromosikan barangan dengan menggunakan kos yang paling minimum.  Anda tidak perlu lagi keluar dari rumah semata-mata untuk mempromosikan barangan.  Jimat masa dan keluarga pun dapat dijaga.



Comments

Popular posts from this blog

Memberi kepercayaan kepada pelajar : Guru boleh bantu pelajar yakin pada diri

Nilai Cinta : Kupasan sebuah drama Melayu