Kasih sayang seorang ayah dalam filem “I am Sam”

Sebuah filem yang sangat menyayat hati bagi sesiapa sahaja yang menontonnya. Kisah seorang bapa yang mempunyai ketidakupayaan (developmental disability) yang membataskan peranannya dalam mendidik seorang anak yang semakin membesar dan berkembang pemikirannya.

Perkara ini bertambah rumit apabila pihak kebajikan telah mengambil keputusan untuk menyerahkan hak jagaan (custody) kepada keluarga angkat yang lebih berkelayakan. Dengan keupayaan dan kemampuan yang terbatas, Sam Dawson (dilakonkan oleh Sean Penn) mencari peguam untuk membantu beliau mendapatkan semula hak penjagaan ke atas anak perempuannya.

Antara pengajaran yang boleh diambil dalam filem ini ialah:

1. Kasih sayang itu tiada batasnya

Haiwan yang tidak berakal sekalipun, tidak akan membiarkan anaknya mati kelaparan ataupun diancam oleh sesuatu anasir jahat. Inikan pula seorang manusia yang mempunyai akal fikiran oleh tuhan yang Esa. Sudah tentu bapa yang mendalam kasihnya pada anak, tidak sanggup membiarkan anaknya hidup kesepian.

Antara babak yang paling menyentuh jiwa saya ialah ketika si anak (Lucy lakonan Dakota Fanning) enggan membaca buku cerita dihadapan ayahnya. Ini disebabkan Lucy hanya mahu membaca jika bapanya mengajarkan perkataan tersebut kepadanya walaupun pada ketika itu dia memang sudah boleh membaca.


2. Kecerdikan vs ilmu keibubapaan

Anak yang pintar tidak semestinya datang dari ibu bapa yang tinggi IQnya. Tetapi ilmu keibubapaan yang baik mampu membentuk seseorang anak itu berkembang dan membesar menjadi insan yang seimbang dalam semua segi.

3. Jiwa manusia memerlukan kasih sayang

Manusia dianugerahkan dengan suatu fitrah untuk berkasih sayang. Walaupun seorang anak diberikan segala-galanya bermula dengan pendidikan semenjak usia 4 tahun, tuisyen selepas sekolah, pakaian yang serba lengkap, makanan yang seimbang....jika tidak diisi dengan kasih sayang, jiwanya akan kosong dan akan dipenuhi dengan unsur-unsur yang merosakkan seperti dendam, amarah, kesunyian dan sebagainya.

Untuk maklumat yang lebih lengkap berkaitan dengan filem ini, anda boleh layari link yang berikut:

http://en.wikipedia.org/wiki/I_Am_Sam

http://www.imdb.com/media/rm1206425856/tt0277027




Comments

Popular posts from this blog

Memberi kepercayaan kepada pelajar : Guru boleh bantu pelajar yakin pada diri

Nilai Cinta : Kupasan sebuah drama Melayu