Tatkala perceraian, ramai yang kembali kepada agama asal

Islam itu agama yang indah. Tiada siapa yang mampu menyangkal akan kebenarannya.Kali ini saya akan berkongsi satu isu kekeluargaan iaitu "Tatkala perceraian,  ramai yang kembali kepada agama asal".
 
Percintaan yang bermula dengan kata-kata manis atau janji-janji sehidup semati bukanlah tiket untuk berkekalan hubungan suami isteri.  Di zaman yang serba canggih ini, apa-apa sahaja boleh menggugat keimanan dan menggoyahkan perhubungan suami isteri.

Lantaran tekad serta keazaman untuk hidup bersama, ramai antara masyarakat yang bukan Islam memeluk Islam.  Kemudian barulah akad nikah dapat dilakukan.  Tangungjawab sebagai suami isteri perlu dilaksanakan, disamping menjaga akidah yang suci.

Namun ada antara kita yang mengambil mudah perkara ini. Lafaz dua kalimah syahadah hanya kedengaran ketika memasuki Islam, namun terus dilupakan setelah beberapa ketika selepas itu.  Ini adalah tidak bertepatan dengan maksud sebenar kalimah yang dilafazkan suatu ketika dahulu.

Jika berlaku perceraian, ada antara pasangan yang lepas tangan kepada pasangan mereka yang baru memeluk Islam "setahun jagung" itu.  Keadaan ini bertambah buruk sekiranya si isteri ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang khabar berita, umpama gantung tak bertali.

Hati siapa tak keruan jika ditinggalkan tanpa sebarang bimbingan? Tambahan lagi keluarga si isteri kebanyakannya bukan Islam.  Sudah tentu pengaruh mereka adakalanya lebih cenderung memujuk si isteri mahupun anak-anak yang ditinggalkan supaya kembali ke agama asal kerana tiada siapa lagi yang membela mereka.

Marilah sama-sama kita kembali kepada dakwah yang sebenar agar perkara ini tidak berulang lagi di masa akan datang. Amin.

Comments

  1. Akhir zaman ini, sesiapa pun boleh hanyut oleh sebab arus globalisasi yang sangat hebat dengan 'tarikan'. Namun, usaha dakwah perlu dipikul semua muslim bagi memperingati saudara-saudara kita. Tidak ada jaminan kita mati dalam keimanan melainkan dengan izin Allah dan doa serta usaha kita. Perkahwinan pula salah satu yang perlu kita jaga agar dapat kekal selamanya. Insya-Allah, semoga Allah berikan hidayah kepada yang berusaha mencarinya. Amin.

    ReplyDelete
  2. Usaha berterusan hingga menghasilkan sesuatu yg diredhai Allah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Memberi kepercayaan kepada pelajar : Guru boleh bantu pelajar yakin pada diri

Nilai Cinta : Kupasan sebuah drama Melayu