Posts

Cara mengetahui tayar pancit

Image
Perkara yang sangat penting dalam memandu ialah mempunyai tayar yang baik serta mampu mencengkam ketika diperlukan. Namun, ada ketika tayar yang dipandu akan menjadi pancit atau pecah semasa pemanduan dijalankan. Berikut adalah tips untuk mengetahui tayar pancit:  Sebelum memandu, sila lihat keempat-empat tayar anda (Pastikan anda parking di tempat yang rata supaya dapat melihat sekiranya ada perbezaan yang berlaku pada mana-mana tayar) Semasa memandu, anda melihat ada pemandu lain yang menunjuk-nunjuk ke arah tayar anda. Itu adalah tanda bahawa sesuatu telah berlaku pada tayar anda (teknik ini juga digunakan oleh penjenayah supaya anda memberhentikan kereta! Hati-hati! Berhenti di kawasan yang sesuai) Pandu dengan perlahan (sekitar 10-20 km/j) dan lepaskan stereng anda beberapa saat. Jika stereng beralih ke kanan beberapa kali setelah anda meletakkannya dalam keadaan seimbang, itu bermakna tayar anda mungkin pancit. [Peringatan : Jika stereng selalu ke kiri atau ke kana...

Panduan menjadi seorang guru : Mempunyai kesabaran dalam mendidik (Siri 2)

Image
Masih terngiang di benak fikiran saya semasa zaman persekolahan dahulu, Ustazah Habibah yang sering mengingatkan agar kami senantiasa solat walau di mana kami berada.  Pada ketika itu, tidak tergerak pun hati untuk menunaikan kewajipan tersebut.  Mungkin inilah yang dinamakan sebagai hidayat, akhirnya setelah diingatkan banyak kali, tanpa jemu dan mengenal penat lelah akhirnya saya sudah mampu melakukan ibadah solat walaupun tidak lengkap 5 waktu. Begitulah hakikatnya dunia pelajar dan remaja.  Mereka hendaklah dipesan setiap waktu walaupun pelajar sudah mengetahui perkara terbabit.  Kita sebagai guru hanya mampu mendidik serta memberikan tunjuk ajar.  Hanya Allah sahaja yang mampu memberikan hidayat dan petunjuk.

Panduan menjadi seorang guru : Menguasai ilmu pengetahuan (Siri 1)

Image
Seorang guru mestilah menguasai ilmu terutamanya dalam mata pelajaran yang diajar di sekolah.  Ini kerana, seringkali pelajar akan bertanya soalan yang berada di luar rangkuman silibus (sukatan pelajaran) . Selain itu, antara kepentingan memiliki penguasaan yang baik dalam sesuatu ilmu akan menjadikan guru tersebut mudah untuk menghubungjalin (link) sesuatu tajuk dengan isu semasa. Jika guru dapat memberi kefahaman kepada pelajar di dalam kelas, itu adalah lebih baik berbanding dengan hanya pelajar mampu mengingat semula fakta yang telah diajar.  Ini kerana pelajaran yang mampu diaplikasikan dalam kehidupan seharian akan menjadi lebih bermakna dan berkekalan kesannya terhadap kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, jika pelajar hanya menghafal bacaan dalam solat, tetapi tidak dapat melakukannya ibadat tersebut dengan betul serta khusyuk, maka sudah tentu objektif pelajaran hanya dapat dicapai di atas RPH (Rancangan Pengajaran Harian) sahaja dan bukannya di luar kelas. ...

Mengundi tanggungjawab kita

Image
Ini kali ke 2 saya dapat menjalankan hak sebagai rakyat. Semoga parti yang dipilih mampu membawa perubahan. Untuk melayakkan anda sebagai pengundi, anda perlulah berdaftar dahulu. Cara mendaftar amatlah mudah, hanya bawa kad pengenalan anda ke pejabat pos yang berhampiran. Published with Blogger-droid v1.6.5

RM50 untuk ibu

Image
Setiap bulan kita terima gaji hasil pekerjaan yang kita kerjakan. Maka acap bulan yang mendatang, kita akan membeli barangan dan perabot baru. Tiada perkara yang kurang di dalam rumah kita yang serba indah. Namun sejauh mana kita ingatkan ibunda kita yang tersayang? Adakah kita sering menziarahinya setiap hari? Setiap minggu? Setiap bulan? Atau setiap tahun? Pesanan ahli bijak pandai "Ibu hanya ada satu bagi setiap insan yang bergelar manusia, maka hargailah yang satu itu!" Paling mudah, anda letaklah 1 tabung di rumah ibu anda, setiap kali anda melawatnya, masuklah duit ke dalam tabung tersebut. Insya-Allah duit tersebut akan menjadi banyak. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Tatkala perceraian, ramai yang kembali kepada agama asal

Image
Islam itu agama yang indah. Tiada siapa yang mampu menyangkal akan kebenarannya.Kali ini saya akan berkongsi satu isu kekeluargaan iaitu "Tatkala perceraian,  ramai yang kembali kepada agama asal".   Percintaan yang bermula dengan kata-kata manis atau janji-janji sehidup semati bukanlah tiket untuk berkekalan hubungan suami isteri.  Di zaman yang serba canggih ini, apa-apa sahaja boleh menggugat keimanan dan menggoyahkan perhubungan suami isteri. Lantaran tekad serta keazaman untuk hidup bersama, ramai antara masyarakat yang bukan Islam memeluk Islam.  Kemudian barulah akad nikah dapat dilakukan.  Tangungjawab sebagai suami isteri perlu dilaksanakan, disamping menjaga akidah yang suci. Namun ada antara kita yang mengambil mudah perkara ini. Lafaz dua kalimah syahadah hanya kedengaran ketika memasuki Islam, namun terus dilupakan setelah beberapa ketika selepas itu.  Ini adalah tidak bertepatan dengan maksud sebenar kalimah yang dilafazkan suatu ketika dah...

Tips pemakanan yang sempurna sebelum peperiksaan

Image
Menyiapkan diri dari segi fizikal dan emosi amat penting dikala musim peperiksaan.  Namun, aspek pemakanan juga tidak harus dipandang ringan jika pelajar menghadapi peperiksaan yang lebih utama seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM bagi tahun 2012 ini.   Berikut adalah tips pemakanan yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa, guru dan pelajar: Makan makanan yang seimbang.   Jika peperiksaan tersebut diadakan pada sebelah pagi, maka janganlah lupa bersarapan.  Di dalam sarapan tersebut, hendaklah disertakan makanan yang mengandungi protein dan juga buah-buahan Ambil makanan yang kaya dengan protein seperti telur, kacang dan yogurt semasa sarapan dan makan tengahari.  Makanan yang diambil ini mampu memberikan khasiat yang yang berpanjangan Ambil sarapan yang ringan .  Jika anda makan secara berlebihan atau mengambil makanan yang berat, dikhuatiri anda akan mengantuk. Elakkan dari mengambil kafein sebagai ganti untuk sarapan Sediakan snek y...