Posts

Tips simpan duit / belanja duit gaji

Mungkin anda pernah membaca atau mendengar pelbagai tips yang diberikan oleh pakar kewangan dalam pengurusan kewangan.  Namun saya ingin menambah beberapa tips berdasarkan pengalaman saya sendiri atau pengalaman rakan yang lain sebagai perkongsian bersama. Simpan duit gaji + Side income + Jana Duit   Belanja duit gaji Koperasi   Buat pelaburan di Koperasi sekolah (bagi guru). Pulangan yang akan didapati dianggarkan melebihi 10% dan adalakala boleh mencecah hingga 17%.   Tiada risiko yang tinggi macam saham. Genap setahun, duit boleh ambil balik atau labur semula.   *Melabur pada sumber yang baik, menjamin kesejahteraan hidup! Guna prepaid   Gunakan prepaid. Guna bila perlu. Tidak semua perkara perlukan anda membuat panggilan.  Jika prepaid habis, anda masih boleh terima panggilan.   Beli top up prepaid yang berharga RM5 (hotlink) dalam 6 keping (RM5 x 6...

Pekerjaan yang boleh dilakukan oleh seorang isteri / ibu dirumah

Data entri.  Pekerjaan ini memerlukan anda untuk mengisi borang-borang ataupun membuat spreadsheet dari dokumen mahupun dari laman web.  Kerjanya memang tidak sukar, namun harus berhati-hati dengan scam (skim dapat duit yang tidak telus).  Pendapatan yang dijana tidaklah seperti yang selalu digembar-gembur oleh beberapa iklan.  Anda boleh rujuk artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penipuan yang sering terjadi dan telah merugikan banyak individu yang tidak berhati-hati.  http://asiaparttime.com/blog/asiaparttime/how-to-tell-if-a-data-entry-job-is-a-scam/ Menulis.  Jika anda berminat menulis (tidak kisah apa-apa genre), anda mungkin boleh menjana pendapatan pasif.  Contohnya Dewan Bahasa & Pustaka seringkali mencari penulisan-penulisan baru dan jika terpilih, mereka akan diberikan honararium.  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat khabar tempatan seperti Utusan Sarawak di bahagian selitan ataup...

Pump Attendant : Tiada kerja yang mudah (Episod 1)

Belajar tinggi-tinggi, tapi kerja tak dapat-dapat. Kalau macam tu, baik duk berniaga je. Nah, lihatlah hasilnya, duit masuk, hati senang.  Apa guna memerah otak sedangkan hasilnya kita tak dapat? Begitulah luahan hati saya ketika mula-mula menamatkan pengajian Ijazah sarjana Muda sekitar tahun 2007 dulu.  Bukan memilih pekerjaan, tapi entah di mana silapnya.  Mungkin ini suatu ujian dari tuhan yang ingin menguji hambanya yang beriman.  Ujiannya  mempunyai sejuta hikmah yang tidak terjangkau pemikiran manusia untuk memikirkannya. Suatu petang, ketika  hendak solat Asar.. tiba-tiba.. Hello? Boleh bercakap dengan Encik Abg Isaifuddin?   Hello, saya bercakap.   Saya dari Stesen Petronas (sekitar Kuching).  Encik dapat datang temuduga tak sekarang?   Hmmm, maaf cik, sekarang hujan lebat saya tak dapat ke sana.  Lagipun takda transport   Ok, kalau kea...

Kawan, jom join WOU...

Image
wawasan bag Originally uploaded by abangisaifuddin Dua hari yang lepas saya berpeluang untuk menghadiri satu preview yang dikelolakan oleh Wawasan Open University . Al-maklum la WOU ni masih baru lagi, sudah tentu pembawaan yang ingin dibawa berbeza dengan universiti2 yang lain. Semasa preview tersebut, kami telah diterangkan dengan tujuan penubuhan Wawasan Open University iaitu semua orang mempunyai kesaksamaan peluang ( equal opportunity ) untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang mereka minati. Semasa sesi soal jawab (Q&A session), saya bertanya kepada salah seorang pegawai yang terlibat memandangkan saya sendiri tidak pasti apa yang saya akan dapat jika (what I will gain) saya menuntut di institusi ini sedangkan saya sudah ada degree malahan post graduate diploma pun sudah dimiliki serta pekerjaan yang tetap dalam sektor kerajaan. Dengan mudah beliau menjawab, masa depan penuh dengan perkara yang berupa ketidakpastian (unpredictable). Beliau menambah lagi bahaw...

Trend Pertunangan : Ikut bajet atau ...

Terdetik dalam benak fikiran saya sewaktu musim cuti persekolahan ni, ramai yang melangsungkan perkahwinan malahan ada juga yang membuat majlis pertunangan . Perkara sebegini memanglah sangat digalakkan dalam Islam apatah lagi gejala sosial yang semakin kronik dalam arus perdana melanda begitu hebatnya dari hari ke hari. Baiklah, point yang pertama merisik . Ini adalah step pertama yang biasanya orang Melayu buat sebelum pertunangan itu diadakan. Adat ini dikenali dengan wakil dari pihak lelaki datang bertandang ke rumah si perempuan dengan tujuan untuk mengetahui status perempuan tersebut samada ada "vacancy" atau "available" lagi ke tak?  Namun demikian, merisik ni terpulang kepada pihak perempuan sama ada perlu dibuat ataupun tidak . Wang? Ya, perlu sebab sebelum bertanya kena ada duit buka mulut. Hal ini berbeza antara negeri-negeri di Malaysia . Saya hanya menyatakan adat kebiasaan orang Melayu Sarawak sahaja. Tujuan merisik boleh dilihat seperti...

Petunjuk Jalan Kekayaan

Tajuk buku: Petunjuk Jalan Kekayaan Penulis : Dr Rusly Abdullah Ph.D Tahun : 2004 Penerbit : Al-Ameen Serve holdings Sdn Bhd Komen: Tahniah saya ucapkan kepada penulis kerana berjaya menerbitkan sebuah lagi buku yang berkualiti dan bermutu . Saya menggemari teknik penulisan yang telah dilakukan oleh penulis. Secara tidak sedar, saya boleh menghabiskan buku ini dalam masa 1 hari sahaja. Antara huraian yang terdapat dalam buku ini ialah berkisar tentang kesusahan dan bebanan yang ditanggung oleh penulis tatkala bisness yang diusahakannya jatuh serta merubah kehidupannya sekeluarga. Perkara ini sering kita dengar akibat daripada perusahaan yang tidak mendatangkan keuntungan, sudah pasti bahana yang menunggu. Saya tertarik satu isi yang terdapat di dalam buku ini iaitu kekayaan bermula dengan menyimpan sebahagian pendapatan secara berterusan . Peribahasa Melayu ada menyatakan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Namun , kita juga harus melihat secara mend...

Zakat :Rukun Islam yang semakin dilupakan

Tajuk buku: Rakan zakat Anda ...Menyingkap hijab ilmu dan amalan yang telah lama terpinggir Penulis: Hj Abg Mohd Shibli B Abg Mohd Nailie Tahun: 2005 Penerbit: Hj Abg Mohd Shibli B Abg Mohd Nailie Komen: Sebuah buku yang harus dibaca oleh setiap masyarakat tanpa mengira latarbelakang pendidikan. Dont judge the book by its cover! Walaupun buku ini hanya memaparkan grafik yang biasa sahaja, namun isi kandungannya begitu bermanfaat untuk kita amati dan ambil iktibar. Kandungan yang terdapat di dalam buku ini merupakan hasil pemerhatian dan kejadian yang betul-betul berlaku dalam masyarakat kita. Sudah tentu bab zakat kurang diperkatakan oleh kita, namun penulis buku ini telah berjaya menyediakan suatu bahan pembacaan yang mudah untuk difahami dan digarap segala isi kandungannya. Bab-bab yang terkandung di dalam buku ini amat menarik sekali dan sudah tentu tajuk yang ingin diperkatakan tidak terlepas dari menyentuh sedikit sebanyak berkenaan dengan zakat. Antaranya...