Orang Kaya Bertaqwa


Tajuk buku: OKB! Orang Kaya Bertaqwa.. Kisah hidup dan renungan yang telus untuk mengenal erti dan mencapai hakikat kekayaan

Penulis: Dr Rusli Abdullah Ph.D

Tahun: 2006

Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd


Komen:

5 bintang saya berikan kepada penulis buku ini!! Isi kandungan buku yang sarat dengan norma kehidupan seharian manusia. Menceritakan tentang liku-liku yang pernah ditempuhi oleh seorang penulis dalam mengejar impian untuk menjadi seorang yang berjaya.

Konsep yang diperkenalkan di dalam buku ini telah membuka minda saya tentang betapa kerdilnya saya di dalam bidang perniagaan. Antara yang ingin saya sebutkan ialah mengeratkan silaturrahim (hubungan sesama manusia). Dalam perniagaan, kita tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya jika tidak menjaga hubungan sesama manusia. Bahkan dalam budaya kerja syarikat di Jepun, mereka menganggap bahawa semua pihak adalah bertanggungjawab dalam membangunkan syarikat tersebut.


Disamping itu, beberapa tips untuk berjaya telahpun disajikan dengan menggunakan gaya bahasa penulis yang berbentuk penceritaan. Saya ingin mengambil contoh iaitu perusahaan (bisnes) si penulis tidak berkembang sepertimana 2 orang rakan segurunya iaitu Budiharto dan Benny. Dan pada saat-saat terakhir, gurunya telah memperkenalkan teori "Lipat ganda" (sistem francais) iaitu menggunakan 1 produk, tetapi banyak cawangan.

Dari sudut agama pula, saya melihat bahawa penulis menerapkan nilai-nilai murni yang sangat mulia seperti hormat kepada guru, menghargai setiakawan, berusaha memajukan diri dan tidak melupakan kewajiban yang telah ditentukan oleh agama. Perkara seperti ini memang sangat dilupakan oleh kebanyakan manusia terutama umat Islam. Bila terlalu banyak nikmat yang dikecapi, hidup semakin menghambakan diri kepada dunia sehingga terlupa matlamat yang sebenar. Ingatlah bahawa, jika kita mengejar akhirat, dunia pun kita akan dapat (sila baca dengan lanjut ; ulasan ini saya gunakan ayat sendiri / I use my own interpretation). 

Secara kesimpulannya:
*manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah sahaja yang berhak menentukannya
**Pelajarilah ilmu perniagaan dari tokoh-tokoh yang berjaya dan mempunyai akhlak yang mulia
***Jangan mudah putus asa, kerana ramai tokoh yang berjaya sudah jatuh berkali-kali, namun tidak sesekali kegagalan itu meranapkan impian dan cita-cita mereka!!!
****Saya galakkan anda membaca buku ini dengan lebih mendalam kerana isinya berjaya membuka minda dan merangsang sanubari..

Comments

Popular posts from this blog

Memberi kepercayaan kepada pelajar : Guru boleh bantu pelajar yakin pada diri

Sejarah Pembinaan Masjid Bandar Sri Aman

Petunjuk Jalan Kekayaan