Jutawan Siber: Realiti atau Angan –angan?
Tajuk buku: Klik untuk kaya 8 Rahsia Jutawan Siber untuk semua
Penulis: Rosli Jamal
Tahun: 2005
Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
Komen:
Buku ini amat sesuai untuk bacaan awal dalam menceburi keusahawanan dalam bentuk siber. Secara keseluruhannya buku ini memberikan panduan secara berperingkat bagaimana untuk melakar kejayaan dalam dunia perniagaan berbentuk alam maya.
Idea yang diberikan oleh penulis sangat mudah difahami dan contoh-contoh yang diberikan sangat mudah. Cuma idea tersebut haruslah diolah semula oleh pembaca atau usahawan agar mereka dapat menghasilkan produk yang mampu berdaya saing.
Yang menariknya buku ini banyak memberikan url yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca. Walupun buku ini diterbitkan pada tahun 2005 (sekarang sudahpun 2010), saya percaya maklumat yang terdapat dalam buku ini masih ada lagi yang relevan.
Sebagai tambahan, saya mencadangkan agar usahawan siber perlulah mengetahui bahawa pembinaan laman web (website) itu bukanlah sesuatu yang amat mudah kerana kita perlu mempelajari banyak perkara.
Sebagai saranan, bukalah sebanyak mungkin laman web supaya dapat kita jadikan rujukan dan kajilah kekuatan dan kelemahan laman tersebut. Dari sinilah anda akan belajar banyak perkara!
Jika anda masih belum mahir dalam perkara ini, saya mencadangkan anda bermula dengan menjual barang atau produk anda di ebay. Saya sendiri telahpun bermula dari ebay. Melalui ebay, kita dapat melihat kebolehpasaran (marketable) barangan kita secara domestik mahupun global. Kosnya murah dan ada antaranya percuma!
Secara kesimpulannya bolehlah rujuk jadual dibawah ini:
Jalan kejayaan | Kos | Kemahiran | Solusi? |
Website | Percuma/Masa Berbayar/Masa | Cari Domain, webhosting yang baik, SEO, Affiliate, newsgroup, Cpanel, html,css, adobe photoshop, flash, autoresponder, dll... | Kena belajar Kena mula |
Blog | Percuma/Masa | Gaya penulisan,join group Blogger, cari peminat, SEO, dll... | Kena belajar Kena mula |
Ebay | Percuma/Masa | Pembayaran melalui Paypal, mengepos barang melalui Pos Malaysia, DHL, Fedex, dll... | Kena belajar Kena mula |
Offline (Jual macam biasa) | Percuma/ Berbayar/Masa | Promosi barang, cari pelanggan, sewa kedai, upah pekerja, daftar syarikat, dll... | Kena belajar Kena mula |
*Tidak ada kejayaan yang mudah dalam perniagaan.
**Anda harus peruntukkan masa untuk mempelajari ilmu perniagaan
***Seimbangkan antara perniagaan, keluarga, ibadah dan perkara lain
****Berikan masa untuk anda digest@hadam dengan halangan yang selalu dihadapi oleh usahawan siber...
Comments
Post a Comment