Petunjuk Jalan Kekayaan


Tajuk buku: Petunjuk Jalan Kekayaan

Penulis : Dr Rusly Abdullah Ph.D

Tahun : 2004

Penerbit : Al-Ameen Serve holdings Sdn Bhd


Komen:

Tahniah saya ucapkan kepada penulis kerana berjaya menerbitkan sebuah lagi buku yang berkualiti dan bermutu. Saya menggemari teknik penulisan yang telah dilakukan oleh penulis. Secara tidak sedar, saya boleh menghabiskan buku ini dalam masa 1 hari sahaja.

Antara huraian yang terdapat dalam buku ini ialah berkisar tentang kesusahan dan bebanan yang ditanggung oleh penulis tatkala bisness yang diusahakannya jatuh serta merubah kehidupannya sekeluarga. Perkara ini sering kita dengar akibat daripada perusahaan yang tidak mendatangkan keuntungan, sudah pasti bahana yang menunggu.

Saya tertarik satu isi yang terdapat di dalam buku ini iaitu kekayaan bermula dengan menyimpan sebahagian pendapatan secara berterusan. Peribahasa Melayu ada menyatakan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Namun , kita juga harus melihat secara mendalam perkara ini.

Saya keluarkan isi yang saya maksudkan tersebut dalam bentuk gambarajah:

$$$$$$
Ke mana harus pergi ???
1/10
Simpan untuk dilupakan
1/10
Simpan untuk melunaskan hutang
1/10
Simpan untuk agama (termasuk zakat) dan sumbangan kemasyarakatan
2/10
Gunakan untuk keluarga
1/10
Gunakan untuk diri sendiri
1/10
Berikan kepada orang tua
2/10
Laburkan untuk digandakan semula
1/10
Laburkan untuk perniagaan yang sedia ada
*Bahagikan kepada 10 bahagian

Kesimpulannya, perbaikilah amalan berbelanja seharian kita. Jika defisit, lunaskan hutang-hutang terlebih dahulu agar baki yang ada menjadi surplus (lebihan)

Comments

  1. Halo kawan,
    Terima kasih anda telah follow blog saya di Google Friend Connect.
    Saya juga sudah follow blog anda yang bagus dan menarik ini.
    Semoga kita selalu sukses.

    multibrand.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam sejahtera.

    Ia buku yang mesti dibaca. Tidak rugi melaburkan wang untuk pembacaan. :-)

    Terima kasih kerana perkongsian ulasan ini. he.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Memberi kepercayaan kepada pelajar : Guru boleh bantu pelajar yakin pada diri

Nilai Cinta : Kupasan sebuah drama Melayu