Posts

Cara orang Cina berniaga (Rahsia 2)

Image
Selamat bertemu kembali.. Pada siri kali ini saya ingin berkongsi rahsia kedua bagaimana orang cina menjalankan perniagaan mereka . Satu dari kelebihan Persatuan peniaga Cina (saya tak pasti apa nama persatuan tersebut), mereka membuat 1 permuafakatan bahawa harga bagi setiap makanan dan minuman hendaklah seragam  bagi setiap kedai makan. Perkara ini perlulah kita sebagai peniaga dan pengusaha kedai makanan ambil berat kerana penulis mendapati bahawa harga bagi setiap kedai yang pernah dikunjungi adalah tidak seragam bahkan terdapat perbezaan harga yang begitu ketara.  Namun perlu diingatkan juga bahawa kualiti makanan yang disediakan perlulah sama nilai dengan harga yang ditetapkan dan bukan hanya makanan saja yang mahal tapi rasa makanan pula sebaliknya. Selamat mencuba...

Aktiviti sihat untuk kanak-kanak semasa hari raya

Image
 Pasti ada antara kita yang inginkan kelainan bagi menyambut tetamu yang berkunjung ke rumah sempena hari raya ini.  Berikut adalah cadangan aktiviti untuk menyambut tetamu yang menziarahi kita di hari lebaran ini. Buat aktiviti mewarna bagi kanak-kanak: Saya melihat sendiri bahawa pada masa sekarang, ramai yang menyajikan tontonan hiburan seperti kartun dan juga filem kepada tetamu yang membawa anak-anak kecil.  Apa kata cuba tukarkan kepada aktiviti mewarna dalam kalangan mereka!   Selamat mencuba ...

Minggu Kemanusiaan SMK Serian 2012

Image
Landskap ala-ala air terjun ni memang menarik perhatian kepada pengunjung yang melawat pameran  oleh panitia Seni Visual sempena minggu Kemanusiaan SMK Serian 2012.  Jika dilihat, pereka telah membuat sebuah banner yang bercorakkan hidupan akuatik serta pemandangan air terjun. Landskap ini bertambah cantik dengan adanya air terjun (guna water pump) yang menghidupkan suasana perkelahan dan santai kepada pengunjung yang tiba.   Kasut yang dicat oleh pelajar sendiri.. sangat menarik serta kreatif

Cara orang Cina berniaga (Rahsia 1)

Image
Salam sejahtera. Apa khabar sidang pembaca sekalian. Pada artikel kali ini saya ingin memberikan sedikit pandangan bagaimana orang Cina di Malaysia berniaga. Pada hemat penulis, artikel ini boleh dijadikan sebagai satu kaedah untuk kita memajukan perniagaan sendiri tidak kira kecil mahupun besar. Tips 1: Setiap pemandu bas yang membawa sekumpulan pelancong atau penumpang akan diberikan makan percuma! Penulis pernah mendengar sendiri beberapa orang pemandu bas di negeri Sarawak memaklumkan perkara ini kepada saya sendiri.  Antara tempat yang penulis masih ingat adalah di Kawasan Rehat Layar (Betong) dan Selangau. Kaedah yang digunakan oleh peniaga Cina ini sangat mudah iaitu jika pemandu bas tersebut singgah di kawasan perniagaan mereka, pemandu tersebut akan diberikan set makanan percuma (pilih sendiri).   Ini kerana mereka membawa rezeki (penumpang yang kelaparan dan kehausan). Bayangkan b erapa sangatlah kos makan driver tersebut (paling mahal kita anggar...

Bagaimana memulakan perniagaan sendiri (Siri 3)

Image
Salam sejahtera sidang pembaca sekalian, pada penulisan yang lepas saya telah membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan memulakan perniagaan sendiri.  Pada kali ini, saya akan memberikan lagi beberapa panduan yang boleh digunakan sebagai strategi membuka perniagaan sendiri. Berikan insentif kepada pekerja anda: Jika anda mempunyai sebuah kedai makan, sudah tentu ada pelayan (waiter / waitress) diperlukan untuk melicinkan lagi perniagaan anda.  Antara cadangan saya pada kali ini ialah, kita memberikan insentif atau ganjaran kepada pekerja kita.  Begini cara: Pekerja Jika pekerja anda mengambil pesanan dari satu-satu meja, maka anda berilah ganjaran kepada pekerja tersebut. Contoh: 1 meja pelanggan x RM0.20 sen *Maka pekerja anda tidak ada yang curi tulang, malah berlumba-lumba mengambil pesanan dari pelanggan. **Biasanya untuk kedai makan, rata-rata mempunyai 10-20 meja makan  Perkara ini jarang kita d...

Bagaimana memulakan perniagaan sendiri (Siri 2)

Image
Mulakan dengan menjual dalam kuantiti yang sedikit dahulu Sebelum menjual barangan secara besar-besaran, anda haruslah memastikan status barangan tersebut.  Maksudnya, anda perlu tentukan sama ada barangan anda : Barangan keperluan Barangan aksesori Melalui pemerhatian secara ringkas ini, anda dapat memastikan bahawa barangan tersebut mempunyai market yang besar atau sebaliknya. Jika menjual barangan dalam kuantiti yang sedikit dahulu, anda akan mengetahui permintaan (demand) terhadap barangan tersebut.  Perkara ini akan menyelamatkan barangan anda daripada tidak terjual dan berlonggok di stor ataupun rumah anda. Penulis mendapati bahawa ada peniaga yang membeli barangan secara pukal kerana beranggapan bahawa barangan tersebut adalah barangan keperluan, sedangkan barangan tersebut adalah barangan aksesori / tambahan sahaja.  Ini akan merugikan mereka dari segi modal dan tenaga.   Semoga perkongsian ini membawa manfaat bersama. **Pen...

Affiliate program : Membantu atau sebaliknya?

Image
Affiliate program sudah tentu menjadi pilihan kepada blogger untuk mencari side income.  Namun apa yang menariknya, sejauh mana program ini betul-betul membantu anda menjana pendapatan sampingan. Penulis berpendapat bahawa sistem affiliate ini seharusnya dan seboleh-bolehnya membantu rakan affiliate mereka dan bukannya mendapat keuntungan atas angin. Hujah pertama, penulis berpendapat bahawa pembahagian upah haruslah dibayar setiap bulan dan bukannya dibayar setelah mencapai limit yang tertentu (contohnya seperti jika sudah terkumpul RM50 barulah kita dibayar) . Ini kerana ada kebanyakan komisyen yang diberikan untuk menjual sesuatu produk hanya sekitar 10% ke 50% (jarang-jarang). Bayangkan jika anda hendak mencapai tahap RM50, sudah tentu belum sampai RM10 anda sudahpun berputus asa. Maka dengan ini, penulis mengharapkan kepada mereka yang menjalankan affiliate seharusnya lebih bersifat win-win kepada rakan affiliate masing-masing. Jangan hanya menangguk di air ya...