Bagaimana memulakan perniagaan sendiri (Siri 3)
Salam sejahtera sidang pembaca sekalian, pada penulisan yang lepas saya telah membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan memulakan perniagaan sendiri. Pada kali ini, saya akan memberikan lagi beberapa panduan yang boleh digunakan sebagai strategi membuka perniagaan sendiri.
Jika anda mempunyai sebuah kedai makan, sudah tentu ada pelayan (waiter / waitress) diperlukan untuk melicinkan lagi perniagaan anda. Antara cadangan saya pada kali ini ialah, kita memberikan insentif atau ganjaran kepada pekerja kita. Begini cara:
Pekerja
|
Jika pekerja anda mengambil pesanan dari
satu-satu meja, maka anda berilah ganjaran kepada pekerja tersebut.
|
Contoh:
1
meja pelanggan x RM0.20 sen
*Maka pekerja anda tidak ada yang curi tulang,
malah berlumba-lumba mengambil pesanan dari pelanggan.
**Biasanya untuk kedai makan, rata-rata mempunyai
10-20 meja makan
Perkara ini jarang kita dapati di kedai-kedai
makan Melayu dan inilah merupakan salah satu punca mengapa ramai pelanggan
lebih gemar makan di kedai mamak kerana layanan yang mereka dapat tidak
didapati di kedai makan kita (orang Melayu)
|
Comments
Post a Comment