Cara orang Cina berniaga (Rahsia 1)

Salam sejahtera. Apa khabar sidang pembaca sekalian. Pada artikel kali ini saya ingin memberikan sedikit pandangan bagaimana orang Cina di Malaysia berniaga. Pada hemat penulis, artikel ini boleh dijadikan sebagai satu kaedah untuk kita memajukan perniagaan sendiri tidak kira kecil mahupun besar.

Tips 1:
Setiap pemandu bas yang membawa sekumpulan pelancong atau penumpang akan diberikan makan percuma!

Penulis pernah mendengar sendiri beberapa orang pemandu bas di negeri Sarawak memaklumkan perkara ini kepada saya sendiri.  Antara tempat yang penulis masih ingat adalah di Kawasan Rehat Layar (Betong) dan Selangau.

Kaedah yang digunakan oleh peniaga Cina ini sangat mudah iaitu jika pemandu bas tersebut singgah di kawasan perniagaan mereka, pemandu tersebut akan diberikan set makanan percuma (pilih sendiri).  Ini kerana mereka membawa rezeki (penumpang yang kelaparan dan kehausan).

Bayangkan berapa sangatlah kos makan driver tersebut (paling mahal kita anggarkan RM5-7 sahaja). Tapi cuba kira begini:

1 bas = 40 hingga 44 orang
*20 orang beli air tin (20 tin x RM1.50) = RM30
*30 orang beli makanan ringan (30 bungkus x RM1.80) = RM54
*10 orang beli gula-gula (10 bungkus gula-gula x RM1.00) = RM10
*bla... bla.. bla.. setiap penumpang boleh anggar keluarkan duit dari RM1-8) 
= RM300-RM400 keuntungan!
 Setakat ini sahaja perkongsian, selamat beramal !

Comments

Popular posts from this blog

Memberi kepercayaan kepada pelajar : Guru boleh bantu pelajar yakin pada diri

Nilai Cinta : Kupasan sebuah drama Melayu