Affiliate program : Membantu atau sebaliknya?

Affiliate program sudah tentu menjadi pilihan kepada blogger untuk mencari side income.  Namun apa yang menariknya, sejauh mana program ini betul-betul membantu anda menjana pendapatan sampingan.

Penulis berpendapat bahawa sistem affiliate ini seharusnya dan seboleh-bolehnya membantu rakan affiliate mereka dan bukannya mendapat keuntungan atas angin.

Hujah pertama, penulis berpendapat bahawa pembahagian upah haruslah dibayar setiap bulan dan bukannya dibayar setelah mencapai limit yang tertentu (contohnya seperti jika sudah terkumpul RM50 barulah kita dibayar) . Ini kerana ada kebanyakan komisyen yang diberikan untuk menjual sesuatu produk hanya sekitar 10% ke 50% (jarang-jarang). Bayangkan jika anda hendak mencapai tahap RM50, sudah tentu belum sampai RM10 anda sudahpun berputus asa.

Maka dengan ini, penulis mengharapkan kepada mereka yang menjalankan affiliate seharusnya lebih bersifat win-win kepada rakan affiliate masing-masing. Jangan hanya menangguk di air yang keruh. Bukan senang untuk kami para blogger mempromosikan barangan anda!

**Penafian: Penulis hanya memberikan pandangan peribadi dan tidak menyentuh mana-mana pihak yang terlibat.

Comments

Popular posts from this blog

Memberi kepercayaan kepada pelajar : Guru boleh bantu pelajar yakin pada diri

Nilai Cinta : Kupasan sebuah drama Melayu