Posts

Bagaimana memulakan perniagaan sendiri (Siri 2)

Image
Mulakan dengan menjual dalam kuantiti yang sedikit dahulu Sebelum menjual barangan secara besar-besaran, anda haruslah memastikan status barangan tersebut.  Maksudnya, anda perlu tentukan sama ada barangan anda : Barangan keperluan Barangan aksesori Melalui pemerhatian secara ringkas ini, anda dapat memastikan bahawa barangan tersebut mempunyai market yang besar atau sebaliknya. Jika menjual barangan dalam kuantiti yang sedikit dahulu, anda akan mengetahui permintaan (demand) terhadap barangan tersebut.  Perkara ini akan menyelamatkan barangan anda daripada tidak terjual dan berlonggok di stor ataupun rumah anda. Penulis mendapati bahawa ada peniaga yang membeli barangan secara pukal kerana beranggapan bahawa barangan tersebut adalah barangan keperluan, sedangkan barangan tersebut adalah barangan aksesori / tambahan sahaja.  Ini akan merugikan mereka dari segi modal dan tenaga.   Semoga perkongsian ini membawa manfaat bersama. **Pen...

Affiliate program : Membantu atau sebaliknya?

Image
Affiliate program sudah tentu menjadi pilihan kepada blogger untuk mencari side income.  Namun apa yang menariknya, sejauh mana program ini betul-betul membantu anda menjana pendapatan sampingan. Penulis berpendapat bahawa sistem affiliate ini seharusnya dan seboleh-bolehnya membantu rakan affiliate mereka dan bukannya mendapat keuntungan atas angin. Hujah pertama, penulis berpendapat bahawa pembahagian upah haruslah dibayar setiap bulan dan bukannya dibayar setelah mencapai limit yang tertentu (contohnya seperti jika sudah terkumpul RM50 barulah kita dibayar) . Ini kerana ada kebanyakan komisyen yang diberikan untuk menjual sesuatu produk hanya sekitar 10% ke 50% (jarang-jarang). Bayangkan jika anda hendak mencapai tahap RM50, sudah tentu belum sampai RM10 anda sudahpun berputus asa. Maka dengan ini, penulis mengharapkan kepada mereka yang menjalankan affiliate seharusnya lebih bersifat win-win kepada rakan affiliate masing-masing. Jangan hanya menangguk di air ya...

Gelagat peserta sebelum raptai majlis penangguhan

Image
Wajah peserta bersemangat sekali untuk persediaan majlis penangguhan.. Pakaian sungguh segak sekali pada pagi tersebut

Kontinjen Samarahan tempat ke-3 keseluruhan

Image
Kelihatan banner menyambut kedatangan dan pemergian kami ke SMK Kemena, Bintulu sempena dengan perkhemahan bersepadu KRS-NGO Peringkat Negeri Sarawak 2012. Kami tak kuat, kami tak hebat! Namun apa yang penting? KERJASAMA!

Wong Shee Ching rangkul anugerah Peserta Perempuan Terbaik

Image
Wong Shee Ching dari Kontinjen Samarahan telah dianugerahkan sebagai peserta perempuan terbaik Perkhemahan KRS-NGO Peringkat Negeri Sarawak 2012. Rasa terharu juga sebab saya tidak dapat melihat saat manis itu kerana terpaksa bergegas ke Hospital membawa peserta yang sakit.

Raptai Majlis Penangguhan Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform KRS-NGO Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak 2012

Image
Inilah raptai yang diadakan untuk majlis penangguhan Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak tahun 2012 di SMK Kemena Bintulu. Kelihatan peserta agak gusar kerana cuaca yang agak panas dan menggigit kulit. Saya sempat merakamkan beberapa foto untuk dijadikan kenangan. Kontinjen Samarahan dikemudi oleh Syafiq dan Muqri. Kelihatan Sarjan Rima dalam gambar ini. Senyum... Barisan kontinjen Puteri Samarahan.. Lyne, Rima, Ida, Emelda, Doreen, Afikah dan Alia.

Bagaimana memulakan perniagaan sendiri (Siri 1)

Bagaimana ingin memulakan perniagaan anda sendiri? Anda perlu memliki idea perniagaan secara menyeluruh Jika anda perhatikan, dalam perniagaan, kita tidak akan terlepas dari satu masalah yang utama iaitu mendapatkan sumber barangan kita .  Sebagai contoh, jika ingin berniaga baju, maka kita perlu tahu supplier baju yang berhampiran dengan kita. Jika supplier terlalu jauh pun mungkin mendatangkan masalah jika kos perniagaan kita hanya cukup-cukup sahaja.  Ini tidak kira kos pengangkutan dan kos pengeposan. Jika dapat, pastikan anda mendapatkan supplier yang boleh dirunding seperti anda akan membayar barangan tersebut setelah menjualnya dan bukannya perlu bayar dahulu sebelum jual . Perkara ini bagi menyelamatkan perniagaan anda dari menjadi rugi dan anda terpaksa menanggung kerugian yang tidak munasabah. Bandingkan harga dan servis setiap supplier yang anda dapat , jika anda mempunyai rakan-rakan yang bekerja di supermarket atau mana-mana kedai runcit, anda bol...