Bagaimana memulakan perniagaan sendiri (Siri 1)

Bagaimana ingin memulakan perniagaan anda sendiri?

Anda perlu memliki idea perniagaan secara menyeluruh

Jika anda perhatikan, dalam perniagaan, kita tidak akan terlepas dari satu masalah yang utama iaitu mendapatkan sumber barangan kita.  Sebagai contoh, jika ingin berniaga baju, maka kita perlu tahu supplier baju yang berhampiran dengan kita. Jika supplier terlalu jauh pun mungkin mendatangkan masalah jika kos perniagaan kita hanya cukup-cukup sahaja.  Ini tidak kira kos pengangkutan dan kos pengeposan.

Jika dapat, pastikan anda mendapatkan supplier yang boleh dirunding seperti anda akan membayar barangan tersebut setelah menjualnya dan bukannya perlu bayar dahulu sebelum jual. Perkara ini bagi menyelamatkan perniagaan anda dari menjadi rugi dan anda terpaksa menanggung kerugian yang tidak munasabah.

Bandingkan harga dan servis setiap supplier yang anda dapat, jika anda mempunyai rakan-rakan yang bekerja di supermarket atau mana-mana kedai runcit, anda bolehmendapatkan nombor contact supplier tersebut. Cuba tanya dengan rakan anda bagaimana perkhidmatan yang diberikan semasa penghantaran barang seperti:

  1. Cepat atau lambat menghantar order kita
  2. Cepat atau lambat atau boleh tentukan sendiri tarikh bayar kepada supplier
  3. Mutu dan kualiti barang yang diberikan. Jika barang rosak, apakah boleh diganti dengan barangan lain ataupun kita yang perlu tanggung kerosakan tersebut?
Semoga panduan ringkas ini menjadi permulaan untuk tuan dan puan memulakan perniagaan sendiri. Selamat maju jaya

Comments

Popular posts from this blog

Memberi kepercayaan kepada pelajar : Guru boleh bantu pelajar yakin pada diri

Nilai Cinta : Kupasan sebuah drama Melayu