Posts

Berniaga cara Saidina Abdul Rahman Bin Auf (Tokoh Islam)

Image
Berikut adalah tips perniagaan yang boleh kita ambil dari seorang korporat Islam yang amat tersohor dalam bidang perniagaan iaitu Saidina Abdul Rahman Bin Auf: Sikit, tapi untung Konsepnya mudah, untung sedikit tetapi dalam kuantiti yang banyak . Setibanya Saidina Abdul Rahman berhijrah dari Mekah ke Madinah, beliau ditawarkan oleh seorang saudaranya yang baru sama ada mahu memiliki kekayaan atau isterinya, namun beliau lantas memilih agar ditunjukkan sahaja di mana letaknya pasar. Dari situ, beliau memulakan perniagaan menjual unta. Harga unta yang dijual hanya 1000 dirham (tiada untung kerana harga kos unta adalah 1000 dirham juga!). Cuba teka? Di mana keuntungan itu diperolehi? Jawapannya, beliau hanya mengambil untung atas jualan tali yang mengikat unta tersebut!   Bayangkan beliau dapat menjual 1000 ekor unta dalam masa sehari sahaja. Untungnya? 1000 upah tali x 1 dirham = 1000 dirham Banyakkan sedekah atau infak Berapa ramai antara kita yang selalu berse...

Buat duit dengan homestay atau kediaman anda!

Image
Salam saudara dan saudari, anda masih mencari website tempatan untuk promosikan homestay, bilik untuk disewa (short term) ataupun budget hotel? Kini anda boleh melakukannya dengan mudah melalui HomeStayr.my yang mana ditujukan khas untuk para pengguna tempatan untuk menyenaraikan homestay, bilik jangka pendek dan budget hotel untuk disewa melaluinya.   Antaramuka utamanya juga turut memudahkan para pengguna mencari bilik mengikuti lokasi dengan mudah. Dengan design yang ringkas serta perkhidmatan 'listing' percuma, nyata memberi banyak kemudahan kepada pengguna. Sila kunjungi HomeStayr.my untuk maklumat lanjut.

Tips buat duit dengan blog (Siri 1)

Image
Banyak teknik yang telah dibincangkan oleh pakar blog di dalam penulisan mereka.  Ada  yang telah mendapat pendapatan yang berlipat kali ganda tanpa had hampir setiap hari.  Pada penulisan kali ini, saya akan memberikan tipsmembuat duit dengan blog anda secara percuma: Anda memiliki sesuatu yang orang lain perlukan Dalam blog, ada perkara yang sering dilupakan oleh penulis blog iaitu pembaca memerlukan sesuatu dari blog mereka.  Sebagai contoh, jika pembaca inginkan tips berkenaan cara penjagaan kereta , sudah tentu blog yang mempunyai tips tersebut akan dilawati dan pembaca bersungguh-sugguh untuk memahami artikel anda. Contoh yang lain adalah seperti blog yang memberikan tips-tips pembinaan blog, cara meningkatkan SEO, kod-kod widget akan mudah dilawati oleh pembaca yang lain kerana mereka memerlukan panduan untuk membina blog masing-masing. Sebagai contoh anda boleh lihat blog Calipso . Selain itu, jika blog anda mempunyai isi kandungan ataup...

Cara mengetahui tayar pancit

Image
Perkara yang sangat penting dalam memandu ialah mempunyai tayar yang baik serta mampu mencengkam ketika diperlukan. Namun, ada ketika tayar yang dipandu akan menjadi pancit atau pecah semasa pemanduan dijalankan. Berikut adalah tips untuk mengetahui tayar pancit:  Sebelum memandu, sila lihat keempat-empat tayar anda (Pastikan anda parking di tempat yang rata supaya dapat melihat sekiranya ada perbezaan yang berlaku pada mana-mana tayar) Semasa memandu, anda melihat ada pemandu lain yang menunjuk-nunjuk ke arah tayar anda. Itu adalah tanda bahawa sesuatu telah berlaku pada tayar anda (teknik ini juga digunakan oleh penjenayah supaya anda memberhentikan kereta! Hati-hati! Berhenti di kawasan yang sesuai) Pandu dengan perlahan (sekitar 10-20 km/j) dan lepaskan stereng anda beberapa saat. Jika stereng beralih ke kanan beberapa kali setelah anda meletakkannya dalam keadaan seimbang, itu bermakna tayar anda mungkin pancit. [Peringatan : Jika stereng selalu ke kiri atau ke kana...

Panduan menjadi seorang guru : Mempunyai kesabaran dalam mendidik (Siri 2)

Image
Masih terngiang di benak fikiran saya semasa zaman persekolahan dahulu, Ustazah Habibah yang sering mengingatkan agar kami senantiasa solat walau di mana kami berada.  Pada ketika itu, tidak tergerak pun hati untuk menunaikan kewajipan tersebut.  Mungkin inilah yang dinamakan sebagai hidayat, akhirnya setelah diingatkan banyak kali, tanpa jemu dan mengenal penat lelah akhirnya saya sudah mampu melakukan ibadah solat walaupun tidak lengkap 5 waktu. Begitulah hakikatnya dunia pelajar dan remaja.  Mereka hendaklah dipesan setiap waktu walaupun pelajar sudah mengetahui perkara terbabit.  Kita sebagai guru hanya mampu mendidik serta memberikan tunjuk ajar.  Hanya Allah sahaja yang mampu memberikan hidayat dan petunjuk.

Panduan menjadi seorang guru : Menguasai ilmu pengetahuan (Siri 1)

Image
Seorang guru mestilah menguasai ilmu terutamanya dalam mata pelajaran yang diajar di sekolah.  Ini kerana, seringkali pelajar akan bertanya soalan yang berada di luar rangkuman silibus (sukatan pelajaran) . Selain itu, antara kepentingan memiliki penguasaan yang baik dalam sesuatu ilmu akan menjadikan guru tersebut mudah untuk menghubungjalin (link) sesuatu tajuk dengan isu semasa. Jika guru dapat memberi kefahaman kepada pelajar di dalam kelas, itu adalah lebih baik berbanding dengan hanya pelajar mampu mengingat semula fakta yang telah diajar.  Ini kerana pelajaran yang mampu diaplikasikan dalam kehidupan seharian akan menjadi lebih bermakna dan berkekalan kesannya terhadap kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, jika pelajar hanya menghafal bacaan dalam solat, tetapi tidak dapat melakukannya ibadat tersebut dengan betul serta khusyuk, maka sudah tentu objektif pelajaran hanya dapat dicapai di atas RPH (Rancangan Pengajaran Harian) sahaja dan bukannya di luar kelas. ...

Mengundi tanggungjawab kita

Image
Ini kali ke 2 saya dapat menjalankan hak sebagai rakyat. Semoga parti yang dipilih mampu membawa perubahan. Untuk melayakkan anda sebagai pengundi, anda perlulah berdaftar dahulu. Cara mendaftar amatlah mudah, hanya bawa kad pengenalan anda ke pejabat pos yang berhampiran. Published with Blogger-droid v1.6.5