Tips buat duit dengan blog (Siri 1)

Banyak teknik yang telah dibincangkan oleh pakar blog di dalam penulisan mereka.  Ada  yang telah mendapat pendapatan yang berlipat kali ganda tanpa had hampir setiap hari.  Pada penulisan kali ini, saya akan memberikan tipsmembuat duit dengan blog anda secara percuma:

  1. Anda memiliki sesuatu yang orang lain perlukan
Dalam blog, ada perkara yang sering dilupakan oleh penulis blog iaitu pembaca memerlukan sesuatu dari blog mereka.  Sebagai contoh, jika pembaca inginkan tips berkenaan cara penjagaan kereta, sudah tentu blog yang mempunyai tips tersebut akan dilawati dan pembaca bersungguh-sugguh untuk memahami artikel anda.

Contoh yang lain adalah seperti blog yang memberikan tips-tips pembinaan blog, cara meningkatkan SEO, kod-kod widget akan mudah dilawati oleh pembaca yang lain kerana mereka memerlukan panduan untuk membina blog masing-masing. Sebagai contoh anda boleh lihat blog Calipso.

Selain itu, jika blog anda mempunyai isi kandungan ataupun meliputi sesuatu topik dengan spesifik, kebarangkalian blog anda akan dilawati menjadi semakin tinggi.  Sebagai contoh, blog Pak Dani sesuai untuk mempelajari tatabahasa (grammar) dalam Bahasa Inggeris.  Maka, mereka yang ingin mempelajari Inggeris, boleh merujuk blog ini.

Jika anda seorang yang sukakan gaya atau fesyen maka anda secara automatik akan mencari blog yang menjual busana Muslimah seperti Diana Tailor.  Dalam blog ini juga ada memberikan perkhidmatan seperti menjahit baju dan juga menjual e-book mengenai cara menjahit baju secara mudah.  Nah, anda lihat bahawa tidak ada limitation (had) yang boleh dimuatkan dalam satu-satu blog anda.

Kesimpulannya, anda harus mencari apa yang orang lain inginkan, barulah anda dapat membuat duit dengan mudah. Blog bukan hanya sekadar tulisan kosong sahaja. Sehingga kita bertemu lagi dalam artikel yang akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Memberi kepercayaan kepada pelajar : Guru boleh bantu pelajar yakin pada diri

Nilai Cinta : Kupasan sebuah drama Melayu