Posts

Showing posts from March, 2011

RM50 untuk ibu

Image
Setiap bulan kita terima gaji hasil pekerjaan yang kita kerjakan. Maka acap bulan yang mendatang, kita akan membeli barangan dan perabot baru. Tiada perkara yang kurang di dalam rumah kita yang serba indah. Namun sejauh mana kita ingatkan ibunda kita yang tersayang? Adakah kita sering menziarahinya setiap hari? Setiap minggu? Setiap bulan? Atau setiap tahun? Pesanan ahli bijak pandai "Ibu hanya ada satu bagi setiap insan yang bergelar manusia, maka hargailah yang satu itu!" Paling mudah, anda letaklah 1 tabung di rumah ibu anda, setiap kali anda melawatnya, masuklah duit ke dalam tabung tersebut. Insya-Allah duit tersebut akan menjadi banyak. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Tatkala perceraian, ramai yang kembali kepada agama asal

Image
Islam itu agama yang indah. Tiada siapa yang mampu menyangkal akan kebenarannya.Kali ini saya akan berkongsi satu isu kekeluargaan iaitu "Tatkala perceraian,  ramai yang kembali kepada agama asal".   Percintaan yang bermula dengan kata-kata manis atau janji-janji sehidup semati bukanlah tiket untuk berkekalan hubungan suami isteri.  Di zaman yang serba canggih ini, apa-apa sahaja boleh menggugat keimanan dan menggoyahkan perhubungan suami isteri. Lantaran tekad serta keazaman untuk hidup bersama, ramai antara masyarakat yang bukan Islam memeluk Islam.  Kemudian barulah akad nikah dapat dilakukan.  Tangungjawab sebagai suami isteri perlu dilaksanakan, disamping menjaga akidah yang suci. Namun ada antara kita yang mengambil mudah perkara ini. Lafaz dua kalimah syahadah hanya kedengaran ketika memasuki Islam, namun terus dilupakan setelah beberapa ketika selepas itu.  Ini adalah tidak bertepatan dengan maksud sebenar kalimah yang dilafazkan suatu ketika dahulu. Jika berlaku

Tips pemakanan yang sempurna sebelum peperiksaan

Image
Menyiapkan diri dari segi fizikal dan emosi amat penting dikala musim peperiksaan.  Namun, aspek pemakanan juga tidak harus dipandang ringan jika pelajar menghadapi peperiksaan yang lebih utama seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM bagi tahun 2012 ini.   Berikut adalah tips pemakanan yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa, guru dan pelajar: Makan makanan yang seimbang.   Jika peperiksaan tersebut diadakan pada sebelah pagi, maka janganlah lupa bersarapan.  Di dalam sarapan tersebut, hendaklah disertakan makanan yang mengandungi protein dan juga buah-buahan Ambil makanan yang kaya dengan protein seperti telur, kacang dan yogurt semasa sarapan dan makan tengahari.  Makanan yang diambil ini mampu memberikan khasiat yang yang berpanjangan Ambil sarapan yang ringan .  Jika anda makan secara berlebihan atau mengambil makanan yang berat, dikhuatiri anda akan mengantuk. Elakkan dari mengambil kafein sebagai ganti untuk sarapan Sediakan snek yang berkhasiat seperti protei

Tsunami in Japan : A tragedy that caught attention worldwide

Image
  The most powerful earthquake ever recorded in Japan has caught attention worldwide.   It has devastated buildings and torn apart houses and buildings.   In addition, there also a tsunami smashes into northeastern Japan and killed hundreds of people.    *I want to condolence those families that lost their beloved son, daughter, parent and whoever they love

Mengatasi pelbagai ragam, tingkah laku dan perangai pelajar di dalam kelas

Tingkah laku pelajar yang pelbagai memberikan cabaran kepada para pendidik.  Adakalanya tingkah laku pelajar mengganggu aktiviti pembelajaran di dalam kelas.  Dengan adanya beberapa tindakan awal dari guru (tindakan proaktif), guru terbabit mampu mengubah keadaan yang hingar bingar menjadi suatu situasi yang kondusif dan selesa untuk proses P&P. Berikut adalah beberapa cadangan bagi menghadapi sesi P&P yang memenatkan: Susun atur kelas Susun atur kelas yang tidak baik akan mengakibatkan kebarangkalian berlakunya gangguan semasa P&P.  Sebaik-baik susunan dalam kelas ialah susunan meja dan kerusi yang tidak terlalu dekat dan tidak pula terlalu jauh.  Ini bermakna, minimumkan pergerakan pelajar jika teknik pengajaran anda melibatkan kaedah syarahan mahupun penerangan.  Namun demikian, bagi kaedah pengajaran berbentuk permainan, pergerakan pelajar boleh dikawal dengan memberikan arahan yang jelas serta tersusun. Mengenalpasti tingkah laku yang menjadi punca masalah   Kenalp

Memberi kepercayaan kepada pelajar : Guru boleh bantu pelajar yakin pada diri

Image
Pelajar perlu diberikan kepercayaan agar mereka mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri.  Sekiranya pelajar diberikan peluang untuk meningkatkan cara mereka bertindak, guru seharusnya memberikan peluang tersebut kepada anak didik mereka. Sebagai huraian saya bawakan beberapa contoh seperti di bawah: Pelajar gugup semasa mebentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas Keadaan ini biasanya berlaku semasa P&P yang melibatkan pembentangan hasil kerja setelah perbincangan dalam kumpulan diadakan.  Jika pelajar anda gugup di hadapan kelas, anda perlu maklumkan kepada pelajar yang lain agar mereka memberikan kerjasama terhadap pelajar tersebut. Berikan tepukan kepada pelajar tersebut setelah selesai beliau membentangkan hasil kerja.  Langkah ini sangat penting supaya pelajar tersebut merasakan bahawa hasil kerja mereka dihargai.  Terdapat 2 tindakan guru sejurus selepas itu iaitu memberikan peneguhan ataupun kritikan membina. Pelajar tidak yakin dengan kebolehan sebenar mereka