Kecerdasan triarchic Sternberg - Siri 2

1.       Kecerdasan Pengalaman  (Experiental Intelligence)

Kecerdasan ini bolehlah dijelaskan ertinya dengan kreativiti.

 

Kecerdasan ini bolehnya dilihat sebagai kebolehan untuk mengatasi situasi baru lantas mempelajari dari situasi tersebut.  Dalam erti kata yang lain, individu yang berpengalaman akan lebih cekap dalam memproses maklumat dalam situasi baru.

 

Sebagai contoh;

                 Jika pelajar diberi suatu tugasan baru yang mempunyai kaitan dengan mereka, pelajar-pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam kecerdasan pengalaman akan dapat belajar dengan cepat, menggunakan strategi yang sesuai secara automatik dan cekap tanpa membuang masa.

 

Komen :

 

Dalam situasi semasa Pengajaran & Pembelajaran, pelajar akan mudah memahami sesuatu tajuk yang diajar oleh guru jika tajuk berkenaan berkait rapat dengan kehidupan mahupun persekitaran mereka.

 

Sebagai contoh, tajuk “Solat Aidilfitri dan Aidil Adha” dalam subjek Pendidikan Islam Tingkatan 3 berkait rapat dengan perayaan Hari Raya dan Hari Raya Korban. Sudah tentu suasana yang meriah tersebut menjadikan pelajar sentiasa menantikan ketibaan hari lebaran saban tahun.

 

Perkara ini memudahkan guru mengajar tajuk berkenaan kerana :

·         Pelajar pernah melakukan solat Aidil Fitri dan Aidil Adha

·         Solat tersebut dilakukan secara berjemaah hanya pada masa-masa tertentu sahaja

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Memberi kepercayaan kepada pelajar : Guru boleh bantu pelajar yakin pada diri

Nilai Cinta : Kupasan sebuah drama Melayu