Posts

Selamatkan memori komputer anda melalui HDD Docking Station

Image
Pernahkah komputer atau laptop anda rosak? Sedangkan ada bermacam-macam assignment atau gambar-gambar semasa belajar di universiti dahulu di dalamnya? Apa yang anda akan lakukan? Format komputer / laptop? Merintih dan menyesali sebab tidak membuat backup? Membeli komputer / laptop baru bagi menghilangkan perasaan kecewa setelah hilang segala memori atau dokumen anda? Kini anda boleh membeli sebuah device yang boleh membaca hard disc anda secara terus (hanya cabutkan hard disc dalam komputer lama dan terus pasangkan ke HDD Docking Station).  Harganya tidaklah semahal yang disangka (lingkungan RM80 ke RM ratus-ratus). Boleh didapati di lelong.com dengan banyak pilihan dan fungsi yang pelbagai.  Semoga berjaya mengembalikan memori anda yang indah tersebut..

Belajar untuk peperiksaan PMR / SPM / STPM / UNIVERSITI

Image
Salam sejahtera kepada pembaca sekalian, pada artikel kali ini saya akan memberikan satu kaedah belajar yang sangat sesuai untuk dipraktikkan oleh semua golongan pelajar tidak kira tahap mana mereka menuntut ilmu. Kaedah yang dimaksudkan adalah dengan kaedah FILM (diperolehi dari ceramah teknik belajar tahun 1999 dari seorang Prof UTM) Tidak kira apa sahaja kertas yang anda gunakan untuk menulis atau mencatatkan apa yang anda belajar, anda perlu gunakan kaedah ini. (Tulis dan tandakan jika ada buat) Untuk setiap perkara yang anda belajar perlulah diletakkan 4 patah perkataan keramat ini iaitu F, I, L, dan M.  Ini kerana setiap nota yang anda buat perlulah anda faham dan ingati ! Dalam belajar, kalau dah faham tapi tak menghafal maka tiada gunanya kerana mungkin anda faham tapi apabila masa peperiksaan sebenar anda tidak dapat nak keluarkan isi-isi utama pun. Rugi kan? Yang keduanya, anda perlu buat latihan dan mahir tajuk yang telah diajar oleh guru ...

Gaji dibayar setiap hari? Dan bukan setiap satu bulan?

Image
Salam 1 Malaysia, pada artikel kali ini penulis ingin membuka minda pembaca berkenaan apa akan terjadi jika   gaji penjawat diberi pilihan dibayar setiap hari dan bukannya setiap hujung bulan sahaja.  Artikel ini hanya untuk perkongsian , mungkin kita boleh lihat perkara ini sebagai 1 alternatif yang boleh ditimbang oleh pihak yang berkenaan. Gaji tak cukup-cukup juga setiap hujung bulan? Kalau dibayar setiap hari? Dapat tampung belanja makan minum minyak tak? Jika gaji anda RM1500, dibahagikan 30 hari  = RM50/sehari Maka kuasa beli anda setiap hari adalah RM50 (banyak tu) Jika dapat RM50 setiap hari, tak payah nak tunggu sampai hujung bulan, dah kebuluran masa tu! Bayar kereta / rumah / bil air api lain  boleh  dirancang bayar hari-hari ! Kereta (RM400 = bajet 8 hari) Letrik & Air (RM120 = bajet 3 hari) Rumah (RM600 = Bajet 12 hari) Belanja dapur (hari-hari dapat makan, tak payah nak ikat perut) *...

Pos barang jualan anda dengan Poslaju Prepaid Box & Envelope

Image
 Antara perkara yang perlu diambil berat bagi menjalankan perniagaan (business) secara kecil-kecilan, anda perlu mengetahui cara pengeposan dan kos pengeposan.  Pada artikel kali ini penulis ingin berkongsi kaedah yang boleh digunakan oleh anda! Sekarang anda tidak perlu lagi menggunakan kaedah yang konvensional.  Hanya gunakan pakej Prabayar dari Poslaju (Envelope dan kotak). Harganya hanya   RM6 (500 gram) RM9 (1 kg) Harganya hanya   RM13 (2kg) RM20 (5 kg) RM30 (10 kg) **Perkhidmatan ini ada di cawangan terpilih / Perkhidmatan hanya untuk Semenanjung SAHAJA ! Huhu.. Sarawak & Sabah takda la pulak!!! Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik link poslaju  yang berikut. Terima kasih

Mencari tiket Air Asia yang murah

Image
Salam sejahtera, anda mungkin tercari-cari tiket Air Asia yang murah untuk percutian anda.  Artikel kali ini akan menerangkan serba sedikit cara mendapatkan tiket yang murah dengan cepat dan pantas. Layari web fleapy.com .  Skrin akan terpampang seperti ini :   Sila pilih destinasi dan arah tuju anda! Sesudah itu, klik butang search. Maka akan kelihatan skrin seperti di bawah ini : Jika anda memilih untuk pergi-balik, maka anda akan dibawa untuk memilih tiket pilihan anda pada paparan sebelah kanan Selesai sahaja meilih tiket, permohonan anda akan diproses Nah, sudah direct terus ke laman sesawang Air Asia ..

Cara orang Cina berniaga (Rahsia 2)

Image
Selamat bertemu kembali.. Pada siri kali ini saya ingin berkongsi rahsia kedua bagaimana orang cina menjalankan perniagaan mereka . Satu dari kelebihan Persatuan peniaga Cina (saya tak pasti apa nama persatuan tersebut), mereka membuat 1 permuafakatan bahawa harga bagi setiap makanan dan minuman hendaklah seragam  bagi setiap kedai makan. Perkara ini perlulah kita sebagai peniaga dan pengusaha kedai makanan ambil berat kerana penulis mendapati bahawa harga bagi setiap kedai yang pernah dikunjungi adalah tidak seragam bahkan terdapat perbezaan harga yang begitu ketara.  Namun perlu diingatkan juga bahawa kualiti makanan yang disediakan perlulah sama nilai dengan harga yang ditetapkan dan bukan hanya makanan saja yang mahal tapi rasa makanan pula sebaliknya. Selamat mencuba...

Aktiviti sihat untuk kanak-kanak semasa hari raya

Image
 Pasti ada antara kita yang inginkan kelainan bagi menyambut tetamu yang berkunjung ke rumah sempena hari raya ini.  Berikut adalah cadangan aktiviti untuk menyambut tetamu yang menziarahi kita di hari lebaran ini. Buat aktiviti mewarna bagi kanak-kanak: Saya melihat sendiri bahawa pada masa sekarang, ramai yang menyajikan tontonan hiburan seperti kartun dan juga filem kepada tetamu yang membawa anak-anak kecil.  Apa kata cuba tukarkan kepada aktiviti mewarna dalam kalangan mereka!   Selamat mencuba ...