Gaji dibayar setiap hari? Dan bukan setiap satu bulan?

Salam 1 Malaysia, pada artikel kali ini penulis ingin membuka minda pembaca berkenaan apa akan terjadi jika gaji penjawat diberi pilihan dibayar setiap hari dan bukannya setiap hujung bulan sahaja.  Artikel ini hanya untuk perkongsian, mungkin kita boleh lihat perkara ini sebagai 1 alternatif yang boleh ditimbang oleh pihak yang berkenaan.


Gaji tak cukup-cukup juga setiap hujung bulan?
Kalau dibayar setiap hari? Dapat tampung belanja makan minum minyak tak?


Jika gaji anda RM1500, dibahagikan 30 hari 

= RM50/sehari
Maka kuasa beli anda setiap hari adalah RM50 (banyak tu)


Jika dapat RM50 setiap hari, tak payah nak tunggu sampai hujung bulan, dah kebuluran masa tu!


Bayar kereta / rumah / bil air api lain 

boleh dirancang bayar hari-hari !

Kereta (RM400 = bajet 8 hari)
Letrik & Air (RM120 = bajet 3 hari)
Rumah (RM600 = Bajet 12 hari)
Belanja dapur (hari-hari dapat makan, tak payah nak ikat perut) * Janji berjimat!
Minyak kereta (RM300 = bajet ikut tuan puan la) * Lain kereta lain bajetnya...
Kesimpulannya :
  1. Gaji yang baik adalah potongan tak lebih 60% dari gaji anda
  2. Kebanyakan rakyat di Malaysia perlu cukup makan untuk menghasilkan produktiviti yang setaraf dengan kehendak kerajaan. kalau takda duit dalam poket setiap hari, nak makan macam mana kan?
  3. Kaedah gaji hari-hari ni sama je kalau kita terima duit tu secara pukal (setiap hujung bulan). Semua hutang kena bayar jugak. Duit minum makan minyak semua kena ada duit hari-hari dalam poket. Tak gitu?
  4. Rasa-rasanya rakyat Malaysia ni, kalau ada duit depan mata hari-hari walaupun tak banyak, insyaAllah tak pinjam along agaknya. Amin


**PENAFIAN : ARTIKEL YANG DISIARKAN INI TIDAK MEMPUNYAI UNSUR-UNSUR POLITIK  / HASUTAN  / FAHAMAN SONGSANG / KEGANASAN DAN MENCEMARKAN MARUAH MANA-MANA INDIVIDU ATAUPUN PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG / TIDAK LANGSUNG

Popular posts from this blog

Memberi kepercayaan kepada pelajar : Guru boleh bantu pelajar yakin pada diri

Nilai Cinta : Kupasan sebuah drama Melayu