Posts

Orang Kaya Bertaqwa

Image
Tajuk buku: OKB! Orang Kaya Bertaqwa.. Kisah hidup dan renungan yang telus untuk mengenal erti dan mencapai hakikat kekayaan Penulis: Dr Rusli Abdullah Ph.D Tahun: 2006 Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd Komen: 5 bintang saya berikan kepada penulis buku ini!! Isi kandungan buku yang sarat dengan norma kehidupan seharian manusia . Menceritakan tentang liku-liku yang pernah ditempuhi oleh seorang penulis dalam mengejar impian untuk menjadi seorang yang berjaya. Konsep yang diperkenalkan di dalam buku ini telah membuka minda saya tentang betapa kerdilnya saya di dalam bidang perniagaan. Antara yang ingin saya sebutkan ialah mengeratkan silaturrahim (hubungan sesama manusia). Dalam perniagaan, kita tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya jika tidak menjaga hubungan sesama manusia . Bahkan dalam budaya kerja syarikat di Jepun, mereka menganggap bahawa semua pihak adalah bertanggungjawab dalam membangunkan syarikat tersebut. Disamping itu, beberapa tips untuk ...

Jutawan Siber: Realiti atau Angan –angan?

Image
Tajuk buku: Klik untuk kaya 8 Rahsia Jutawan Siber untuk semua Penulis: Rosli Jamal Tahun: 2005 Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd Komen: Buku ini amat sesuai untuk bacaan awal da lam menceburi keusahawanan dalam bentuk siber. Secara keseluruhannya buku ini memberikan panduan secara berperingkat bagaimana untuk melakar kejayaan dalam dunia perniagaan berbentuk alam maya. Idea yang diberikan oleh penulis sangat mudah difahami dan contoh-contoh yang diberikan sangat mudah. Cuma idea tersebut haruslah diolah semula oleh pembaca atau usahawan agar mereka dapat menghasilkan produk yang mampu berdaya saing. Yang menariknya buku ini banyak memberikan url yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca . Walupun buku ini diterbitkan pada tahun 2005 (sekarang sudahpun 2010), saya percaya maklumat yang terdapat dalam buku ini masih ada lagi yang relevan. Sebagai tambahan, saya mencadangkan agar usahawan siber perlulah mengetahui bahawa pembinaan laman web (website) i...