Cara mengetahui tayar pancit
Perkara yang sangat penting dalam memandu ialah mempunyai tayar yang baik serta mampu mencengkam ketika diperlukan. Namun, ada ketika tayar yang dipandu akan menjadi pancit atau pecah semasa pemanduan dijalankan. Berikut adalah tips untuk mengetahui tayar pancit: Sebelum memandu, sila lihat keempat-empat tayar anda (Pastikan anda parking di tempat yang rata supaya dapat melihat sekiranya ada perbezaan yang berlaku pada mana-mana tayar) Semasa memandu, anda melihat ada pemandu lain yang menunjuk-nunjuk ke arah tayar anda. Itu adalah tanda bahawa sesuatu telah berlaku pada tayar anda (teknik ini juga digunakan oleh penjenayah supaya anda memberhentikan kereta! Hati-hati! Berhenti di kawasan yang sesuai) Pandu dengan perlahan (sekitar 10-20 km/j) dan lepaskan stereng anda beberapa saat. Jika stereng beralih ke kanan beberapa kali setelah anda meletakkannya dalam keadaan seimbang, itu bermakna tayar anda mungkin pancit. [Peringatan : Jika stereng selalu ke kiri atau ke kana...