Bagaimana memulakan perancangan kewangan di awal perkahwinan secara bijak
Banyak perkahwinan mengalami kegoyahan kerana perancangan kewangan yang lemah serta kelemahan berkomunikasi antara pasangan mengenai status kewangan mereka. Mari kita mulakan dengan memberikan nafas baru terhadap perhubungan suami isteri melalui tips-tips yang akan disampaikan di bawah. Beberapa tips yang akan diberikan mungkin agak radikal (drastik), namun berkesan jika dilakukan dengan cara yang betul. Mulakan dengan sampul penjimatan dan berkomunikasi mengenai kewangan setiap minggu Yang dimaksudkan dengan sampul penjimatan ialah mengadakan satu tabung atau apa-apa sahaja yang boleh diletakkan bajet / wang anda di dalamnya. Antara kelebihannya ialah anda mampu mengesan ke manakah duit anda keluar dan masuk. Dengan kata yang lain, fungsinya adalah untuk mengesan dan mengawal (tracking and controlling). Kebanyakan pasangan yang berkahwin menggunakan cara ini untuk mengesan ke mana duit mereka dibelanjakan. Sebagai contoh, jika ingin membeli barang keperluan rumah di pasara...