Tips simpan duit / belanja duit gaji
Mungkin anda pernah membaca atau mendengar pelbagai tips yang diberikan oleh pakar kewangan dalam pengurusan kewangan. Namun saya ingin menambah beberapa tips berdasarkan pengalaman saya sendiri atau pengalaman rakan yang lain sebagai perkongsian bersama. Simpan duit gaji + Side income + Jana Duit Belanja duit gaji Koperasi Buat pelaburan di Koperasi sekolah (bagi guru). Pulangan yang akan didapati dianggarkan melebihi 10% dan adalakala boleh mencecah hingga 17%. Tiada risiko yang tinggi macam saham. Genap setahun, duit boleh ambil balik atau labur semula. *Melabur pada sumber yang baik, menjamin kesejahteraan hidup! Guna prepaid Gunakan prepaid. Guna bila perlu. Tidak semua perkara perlukan anda membuat panggilan. Jika prepaid habis, anda masih boleh terima panggilan. Beli top up prepaid yang berharga RM5 (hotlink) dalam 6 keping (RM5 x 6...