Bagaimana memulakan perniagaan sendiri (Siri 2)
Mulakan dengan menjual dalam kuantiti yang sedikit dahulu Sebelum menjual barangan secara besar-besaran, anda haruslah memastikan status barangan tersebut. Maksudnya, anda perlu tentukan sama ada barangan anda : Barangan keperluan Barangan aksesori Melalui pemerhatian secara ringkas ini, anda dapat memastikan bahawa barangan tersebut mempunyai market yang besar atau sebaliknya. Jika menjual barangan dalam kuantiti yang sedikit dahulu, anda akan mengetahui permintaan (demand) terhadap barangan tersebut. Perkara ini akan menyelamatkan barangan anda daripada tidak terjual dan berlonggok di stor ataupun rumah anda. Penulis mendapati bahawa ada peniaga yang membeli barangan secara pukal kerana beranggapan bahawa barangan tersebut adalah barangan keperluan, sedangkan barangan tersebut adalah barangan aksesori / tambahan sahaja. Ini akan merugikan mereka dari segi modal dan tenaga. Semoga perkongsian ini membawa manfaat bersama. **Pen...