Memberi kepercayaan kepada pelajar : Guru boleh bantu pelajar yakin pada diri
Pelajar perlu diberikan kepercayaan agar mereka mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. Sekiranya pelajar diberikan peluang untuk meningkatkan cara mereka bertindak, guru seharusnya memberikan peluang tersebut kepada anak didik mereka. Sebagai huraian saya bawakan beberapa contoh seperti di bawah: Pelajar gugup semasa mebentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas Keadaan ini biasanya berlaku semasa P&P yang melibatkan pembentangan hasil kerja setelah perbincangan dalam kumpulan diadakan. Jika pelajar anda gugup di hadapan kelas, anda perlu maklumkan kepada pelajar yang lain agar mereka memberikan kerjasama terhadap pelajar tersebut. Berikan tepukan kepada pelajar tersebut setelah selesai beliau membentangkan hasil kerja. Langkah ini sangat penting supaya pelajar tersebut merasakan bahawa hasil kerja mereka dihargai. Terdapat 2 tindakan guru sejurus selepas itu iaitu memberikan peneguhan ataupun kritikan membina. Pelajar tidak yakin dengan kebolehan sebenar mereka
Comments
Post a Comment