Posts

Showing posts from October, 2012

Belajar untuk peperiksaan PMR / SPM / STPM / UNIVERSITI

Image
Salam sejahtera kepada pembaca sekalian, pada artikel kali ini saya akan memberikan satu kaedah belajar yang sangat sesuai untuk dipraktikkan oleh semua golongan pelajar tidak kira tahap mana mereka menuntut ilmu. Kaedah yang dimaksudkan adalah dengan kaedah FILM (diperolehi dari ceramah teknik belajar tahun 1999 dari seorang Prof UTM) Tidak kira apa sahaja kertas yang anda gunakan untuk menulis atau mencatatkan apa yang anda belajar, anda perlu gunakan kaedah ini. (Tulis dan tandakan jika ada buat) Untuk setiap perkara yang anda belajar perlulah diletakkan 4 patah perkataan keramat ini iaitu F, I, L, dan M.  Ini kerana setiap nota yang anda buat perlulah anda faham dan ingati ! Dalam belajar, kalau dah faham tapi tak menghafal maka tiada gunanya kerana mungkin anda faham tapi apabila masa peperiksaan sebenar anda tidak dapat nak keluarkan isi-isi utama pun. Rugi kan? Yang keduanya, anda perlu buat latihan dan mahir tajuk yang telah diajar oleh guru anda