Posts

Showing posts from February, 2012

Bagaimana memulakan perniagaan sendiri (Siri 1)

Bagaimana ingin memulakan perniagaan anda sendiri? Anda perlu memliki idea perniagaan secara menyeluruh Jika anda perhatikan, dalam perniagaan, kita tidak akan terlepas dari satu masalah yang utama iaitu mendapatkan sumber barangan kita .  Sebagai contoh, jika ingin berniaga baju, maka kita perlu tahu supplier baju yang berhampiran dengan kita. Jika supplier terlalu jauh pun mungkin mendatangkan masalah jika kos perniagaan kita hanya cukup-cukup sahaja.  Ini tidak kira kos pengangkutan dan kos pengeposan. Jika dapat, pastikan anda mendapatkan supplier yang boleh dirunding seperti anda akan membayar barangan tersebut setelah menjualnya dan bukannya perlu bayar dahulu sebelum jual . Perkara ini bagi menyelamatkan perniagaan anda dari menjadi rugi dan anda terpaksa menanggung kerugian yang tidak munasabah. Bandingkan harga dan servis setiap supplier yang anda dapat , jika anda mempunyai rakan-rakan yang bekerja di supermarket atau mana-mana kedai runcit, anda bolehmendapa