Posts

Showing posts from December, 2010

Keterampilan seorang pendidik

Image
Guru merupakan model kepada pelajar semasa mereka berada di sekolah. Segala yang ditunjukkan oleh guru tidak kira perlakuan, tutur bicara, adab dan sebagainya akan diperhatikan oleh anak didiknya. Selain itu, suasana pembelajaran banyak dipengaruhi oleh keterampilan guru. Sebagai contoh, seorang guru yang "moody" ataupun masuk ke kelas dalam keadaan tidak brsemangat, sudah pasti pelajar turut terpengaruh dengan suasana tersebut. Akhirnya, kelas akan menjadi pasif dan tidak berjalan mengikut apa yang telah dirancang. Malah ada yang mengatakan bahawa penampilan luaran seorang guru turut menjadi salah satu sebab pelajar ingin belajar. Ingatkah sewaktu kita di bangku persekolahan dulu? Guru yang sentiasa memberikan senyuman kepada anak didiknya, menegur dengan berhikmah, mendidik dengan sepenuh jiwa. Semua yang disebutkan di atas menjadikan guru tersebut mulia dan dihormati oleh pelajar tidak mengira apa bangsa pun. Sebagai kesimpulan, guru disarankan untuk membaiki penampil

Zaman persekolahan

Image
Semasa persekolahan, ramai antara kita mempunyai kenangan masing-masing. Tanpa disedari, waktu yang dihabiskan di bangku sekolah banyak mempengaruhi keadaan kita sekarang. Sebagai contoh, masa persekolahan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 hanya sesingkat 5 tahun sahaja. Tapi tahukah anda dalam 5 tahun tersebut, kita mencorakkan masa hadapan diri sendiri? Jika kita tidak mempunyai keputusan yang baik dalam SPM, dapatkah kita memohon pekerjaan dalam sektor kerajaan mahupun swasta? Oleh itu, nasihat untuk adik-adik yang bakal menduduki SPM, anda hendaklah berhati-hati agar tidak malas dan leka semasa menuntut ilmu. ** Masa yang singkat di persekolahan memberi kesan yang panjang dalam kehidupan selepasnya Published with Blogger-droid v1.6.5

Kelebihan amalan menabung

Image
Setiap daripada kita inginkan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Namun demikian, amalan menyimpan hendaklah dijadikan amalan setiap masa. Jika ditimpa musibah, duit yang disimpan tadi boleh digunakan sebagai kegunaan membayar bil dan sebagainya. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Itulah pesanan dari dahulu hingga sekarang. Semoga kita sentiasa beringat selalu bahawa langit tidak selalu cerah. Published with Blogger-droid v1.6.5

Teknik menjawab soalan peperiksaan

Image
Menjelang musim peperiksaan,sudah pasti ramai yang tertanya-tanya apakah tips yang boleh digunakan semasa menjawab soalan peperiksaan. TIPS 1: Baca arahan dengan teliti. Jangan gopoh kerana anda mungkin kehilangan markah yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, BAHAGIAN A menghendaki anda menjawab kesemuanya. Tapi disebabkan anda tidak prihatin pada arahan soalan, anda berkemungkinan membuang masa pada tempat yang tidak sepatutnya. Published with Blogger-droid v1.6.5

Without education, you are not going anywhere in this world

Image
Education is essential to all of us. When it comes to knowledge, education is the best way to gain knowledge. Hence, in the early childhood the kids been sent to elementary school to ensure they got all the tools before they reach primary school. In Islam, education is compulsory (wajib) to all Muslims. Furthermore, the more we learn, the more we get and close to Allah. "Without education, you are not  going anywhere in this world "... Malcolm X Quotes

Awal Muharam membawa seribu makna

Image
Semalam telah diadakan kempen derma darah di Masjid Jamek, Kuching. Semoga kehadiran tahun baru ini dapat menjadikan kita insan yang lebih maju kehadapan. Published with Blogger-droid v1.6.5