Posts

Panorama SMK Serian 2013

Image
Sekadar berkongsi panorama di SMK Serian..

Sambutan Hari Guru SMK Serian Tahun 2013

Image
Sambutan pada tahun ini sangat meriah walaupun dalam keadaan hujan lebat dan pelajar duduk berhimpit-himpit di dalam dewan Sri Sadong. Bacaan ikrar diketuai oleh Cikgu Mahadhir B Mohamad. Lagu hari Guru pula dikepalai oleh cikgu Jablish.  Yang paling menariknya, persembahan nyanyian secara band turut memeriahkan suasana. Guru yang terlibat di dalam persembahan tersebut adalah cikgu Rose, cikgu Amelia, cikgu Jablish, cikgu Adrick, cikgu Johnny Bong dan cikgu Johnny Dondong. Turut membantu adalah Encik Felix.

Isteri hamil perlu diurut

Image
Sayangkan isteri? Ikuti panduan yang berikut;

Sejarah Pembinaan Masjid Bandar Sri Aman

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian, pada artikel kali ini saya akan berkongsi berkenaan dengan sejarah pembinaan Masjid Besar Sri Aman (nama barunya ialah Masjid Bandar Sri Aman). Artikel ini bolehlah dijadikan sebagai rujukan sampingan terutamanya kepada pengkaji dan adik-adik yang buat kerja kursus sekolah. Kesemua kandungan artikel ini adalah diambil dari buku perasmian Masjid Bandar Sri Aman (Cetakan tahun 1981).  Buku perasmian ini sempat saya selamatkan daripada dimakan anai-anai yang menyerang hampir kesemua buku Allahyarham datuk yang tercinta iaitu Hj. Mohamad Hanis Bin Mahlie yang telah pergi menemui rabb pada tahun 2003. Al-Fatihah kita panjatkan semoga rohnya bersama kalangan orang-orang yang soleh dan bertakwa. Tidak lupa Al-Fatihah juga kepada penulis sejarah ringkas pembinaan Masjid Besar Sri Aman  ini iaitu Encik Chaiti Bolhassan dan Tn Hj Mohd Bujang . Artikel ini akan mem fokuskan kepada beberapa tajuk kecil supaya kita dapat mengambil beberapa pen

Majlis persaraan Puan Lee Siew Nyuk di SMK Serian

Image
SMK Serian telah mengadakan satu majlis mengenang jasa sempena persaraan Puan Lee Siew Nyuk.  Semoga beliau beroleh kesihatan yang sempurna serta menikmati kehidupan selepas bersara dalam keadaan damai dan sentosa. Keadaan sangat meriah kek persaraan... Sambutan Bersama Pelajar Sesi Petang Guru bersemangat walaupun hujan sudah mula membasahi diri  Pn Lee memberikan ucapan terakhir dalam hujan renyai-renyai Pihak pentadbir SMK Serian tetap duduk mendengar amanat terakhir  Pelajar memberikan tepukan gemuruh atas ucapan dari Puan Lee  Walaupun majlis sangat singkat, tetapi penuh bermakna !  Melambaikan tangan ke arah anak didik yang tercinta  Pengawas seiring memberikan salam kepada guru mereka Punch card terakhir selaku penjawat awam, namun gelaran "Cikgu" tetap abadi selamanya...

Selamatkan memori komputer anda melalui HDD Docking Station

Image
Pernahkah komputer atau laptop anda rosak? Sedangkan ada bermacam-macam assignment atau gambar-gambar semasa belajar di universiti dahulu di dalamnya? Apa yang anda akan lakukan? Format komputer / laptop? Merintih dan menyesali sebab tidak membuat backup? Membeli komputer / laptop baru bagi menghilangkan perasaan kecewa setelah hilang segala memori atau dokumen anda? Kini anda boleh membeli sebuah device yang boleh membaca hard disc anda secara terus (hanya cabutkan hard disc dalam komputer lama dan terus pasangkan ke HDD Docking Station).  Harganya tidaklah semahal yang disangka (lingkungan RM80 ke RM ratus-ratus). Boleh didapati di lelong.com dengan banyak pilihan dan fungsi yang pelbagai.  Semoga berjaya mengembalikan memori anda yang indah tersebut..