Posts

Showing posts from January, 2011

Sumbangan ikhlas dari seorang pelajar

Image
Terdetik di hati saya untuk berkongsi sebuah cerita di sebalik gambar ini. Anda mungkin melihat bahawa gambar tersebut tidak mempunyai apa-apa makna, tetapi terdapat satu cerita disebaliknya. Inilah sumbangan ikhlas dari ibu bapa salah seorang pelajar saya ketika kutipan dilakukan untuk satu aktiviti di sekolah. Seolah-olah seperti dalam sebuah cerpen KOMSAS, pelajar ini secara peribadi memberikan bungkusan wang yang mengandungi duit kertas dan syiling. Saya menerima wang sumbangan tersebut dengan penuh hormat serta mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan. Pengajarannya, tidak kira sebanyak mana anda menyumbang wang sekalipun, yang harus ditonjolkan adalah semangat sanggup berkorban harus ada pada ibu bapa jika ingin melihat anak-anak mereka berjaya.